PAS ‘Halalkan’ Komunisme?

Setelah ‘menari-nari’ untuk sekadar menyatakan pendirian tentang penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald-The Catholic Weekly, apa pula pendirian rasmi PAS mengenai komunis?

Adakah PAS menyokong komunis, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikepalai Chin Peng?

Adakah PAS menganggap kaedah ‘perjuangan’ PAS harus dan halal?
Adakah membakar ladang harus dan halal?
Adakah memusnahkan rangkaian pengangkutan dan perhubungan harus dan halal?
Adakah menyerang balai polis harus dan halal?
Adakah membunuh orang ramai juga, harus dan halal?

PAS sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa, hatta menjulang pembunuh rakyat!

Lihat sahaja kenyataan Pusat Penyelidikan PAS Pusat:

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.

Wajarkah peranan mereka tidak diperakui kini? Perjuangan PKM tidak terhenti setakat menentang penjajahan Jepun, tetapi mereka juga mengangkat senjata untuk menentang penjajah British bagi menuntut kemerdekaan.1

Siapa Pengarah Pusat Penyelidikan PAS kalau bukan Dr. Dzulkefly Ahmad yang menziarahi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok selepas PRU ke-12?2


1. “Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan: Satu tuntutan keadilan,” HarakahDaily.Net , 27 Ogos, 2008, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3962&Itemid=50

2. “Dzulkefly may be the first Muslim MP at a Catholic Mass,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/5660?task=view

One thought on “PAS ‘Halalkan’ Komunisme?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s