Isu Kalimah ‘Allah’: Berdansa Bersama Ulama

Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam.1

– Nik Aziz Nik Mat, 1 Mac 2009


Laporan itu kata Tok Guru sokong bukan Islam guna (kalimah) Allah, tapi saya tidak pasti laporan itu dalam konteks apa.

Iaitu (maksud Nik Aziz) kalau dalam perbualan (orang Kristian guna kalimah Allah) tidak menjadi masalah, tetapi tidak boleh digunakan secara rasmi dalam akhbar, majalah atau buku. Maksudnya (Nik Aziz), boleh guna tapi (orang Kristian) tidak boleh samakan Allah dengan tuhan, kerana Allah dalam Islam berbeza dengan konsep triniti Kristian sebab dalam Islam, Allah itu esa.2

– Mohd. Saiba Yaakob, setiausaha akhbar Nik Aziz, 4 Januari 2010


Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.3

– Nik Aziz Nik Mat, 3 Januari 2010


Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.4

– Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 10 Mac 2009


Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.5

– Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 4 Januari 2010


Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.6

– Kenyataan Rasmi PAS oleh Abdul Hadi Awang, 4 Januari 2010


Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.6

– Kenyataan Rasmi PAS oleh Abdul Hadi Awang, 4 Januari 2010


Bismillahirrahmanirrahim,

Ke hadapan saudara-saudara tokoh dan ulama yang dihormati,

Dengan nama Allah, hentikanlah ‘tarian politik’ yang keji ini. Tekanlah nafsu yang sentiasa menggoda diri untuk bermuka-muka menjadi wira, untuk menyelamatkan tampuk kuasa dan periuk nasi sendiri. Islam bukan diterima kerana anda bersenang-lenang duduk di kerusi empuk, berceramah dengan penuh rasa ujub, riak dan takabbur apabila segala kata-kata anda dianggukkan orang. Selamatkanlah diri anda daripada menjadi dayus. Jawablah persoalan ini dengan jitu:


Adakah anda menyokong Herald – The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’?

Ya, atau tidak?


Lihatlah betapa tatkala anda terkial-kial untuk sekadar menyatakan pendirian, gereja-gereja telah berpadu untuk mencabar undang-undang tertinggi Malaysia: Perlembagaan Persekutuan, yang memaktubkan bahawa Islam ialah agama rasmi. Belumpun sempat anda berhempas pulas memutar kata bagi kes Herald – The Catholic Weekly yang dibangkitkan oleh Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, kini kes Sidang Injil Borneo (Evangelical Chuch of Borneo) pula akan dibawa ke mahkamah.7


1. “Tidak salah guna perkataan Allah – Nik Aziz,” Utusan Malaysia Online, 2 Mac, 2009, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

2. “Kalimah Allah: Pejabat Nik Aziz sangkal laporan TV3,” Malaysiakini, 4 Januari, 2010, http://www.malaysiakini.com/news/121075

3. “Nik Aziz tidak setuju,” Utusan Malaysia Online, 4 Januari, 2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

4. “Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah,” Minda Tajdid, 10 Mac, 2009, http://drmaza.com/home/?p=568

5. “Isu Nama Allah: Garis Panduan Penggunaan Nama Allah,” Minda Tajdid, 4 Januari, 2010, http://drmaza.com/home/?p=931

6. “Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah,” HarakahDaily.Net, 5 Januari, 2010, http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24001:jangan-kelirukan-atau-politikkan-kalimah-allah-pas&catid=1:utama&Itemid=50

7. “Lebih sensitif daripada isu kartun Nabi,” Malaysiakini, 6 Januari, 2010, http://www.malaysiakini.com/letters/121248

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s