Tak Perlu Jadi Arab Untuk Jadi Muslim

lawrence

Di bulan Ramadan ini juga boleh dilihat bagaimana begitu ramai Melayu yang meninggalkan identiti Melayu dan berlumba-lumba untuk menjadi Arab. Baju Melayu tidak lagi dipakai dan digantikan dengan pakaian Arab yang sekadar sunnah adat atau sunnah jibiliyyah, malah istilah ‘iftar’ digunapakai untuk menggantikan frasa ‘buka puasa’, seolah-olah istilah Arab tersebut memiliki kelebihan daripada segi pahala. Imam-imam dari Arab Saudi, Palestin, Yaman dan negara-negara Arab lain telah diimport untuk mengimamkan solat tarawih, sedangkan ada beribu-ribu imam hafiz berbangsa Melayu di sini.

Apa lebihnya imam Arab? [Lagi]

Siapa Rugi Bila Orang Melayu Serang Hakim Melayu?

Hasan Ali kata 901 "sia-sia" dan beliau mahukan Nik Aziz atau Hadi Awang jadi PM. Bagaimana dengan anda: masih mahukan Anwar jadi PM?

Tiga bulan selepas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, menyampaikan penghakiman yang memihak kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam kes Lina Joy, Malaysiakini tiba-tiba tampil dengan video Lingam. Seminggu kemudian, beribu-ribu peguam termasuklah yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, menurut telunjuk The Malaysian Bar Council untuk berarak di Putrajaya, kononnya bagi ‘menyelamatkan institusi kehakiman negara’.

Pernahkah anak-anak Melayu terfikir, di sebalik slogan berkenaan, mengapa video Lingam itu hanya muncul tiga bulan selepas kes Lina Joy?

Mengapa bukan pada tahun 2002, ketika video itu kononnya dirakamkan?

Atau pada tahun 2003, 2004, 2005 malah 2006? [Lagi]

The Guardians of the Motherland

Delivered Lina Joy judgment May 2007. Targeted by an Opposition campaign September 2007?

Centuries of life under the rule of foreigners had taught the Malays survivability. Malays become more accomodating and tolerant towards foreigners and immigrants. One will be hard-pressed to find any other Muslim-majority community which practices a similar level of tolerance towards foreigners. A recent survey conducted by HSBC ranked Malaysia as 9th in a list of friendliest countries, the highest-ranked of any Asian nation. Besides the friendliness of the local people, another criterion for judging a country’s friendliness is how simple it is for foreigners to live and integrate themselves in the local environment. This British recipe of a Muslim-majority, multi-racial nation would not have worked without the Malays. It didn’t work in Arab-Muslim Palestine. [Lagi]