Analisis: Bagaimana Palestin Jatuh Ke Tangan Zionis?

1. Mengapa Palestin Tiada Pemerintah Sendiri?

Kerana Palestin diperintah oleh kuasa luar.

Sejak awal kurun ke-20, pentadbiran Palestin telah dilaksanakan atau dituntut oleh kuasa-kuasa dari luar Palestin termasuk dari Turki, British, Hijaz (kini Arab Saudi) dan akhirnya Zionis.

Sebelum Perang Dunia Pertama, Palestin berada di bawah pentadbiran Khilafah Uthmaniyyah (dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Ottoman Empire) yang berpusat di Istanbul, Turki. Palestin ketika itu dibahagikan kepada beberapa daerah yang digelar ‘mutasarrifiyyah‘ (‘sancak‘ dalam bahasa Turki), antaranya:

  1. al-Quds ash-Sharif (Baitul Maqdis atau Jerusalem);
  2. Akka (kini Acre, Israel);
  3. Nablus.

Setiap mutasarrifiyyah ditadbir oleh ‘mutasarrif‘, gabenor yang dilantik oleh Sultan. Mutasarrif terakhir bagi al-Quds ash-Sharif ialah Ahmed Izzet Pasha, pemerintah Tentera Ketiga (Üçüncü Ordu) Khilafah Uthmaniyyah yang berketurunan Albania. Apabila tentera Khilafah Uthmaniyyah dan Jerman yang mempertahankan Baitul Maqdis telah ditewaskan oleh tentera British pada Disember 1917, Ahmad Izzet telah menandatangani surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British sebagai mutasarrif.1

00107v

Sekutu Khilafah Uthmaniyyah, Ketua Turus Tentera Jerman, Jeneral Erich von Falkenhayn, di Kubah as-Sakhrah (Dome of the Rock) pada 1916.

kress

Kakitangan yang bekerja bersama Freidrich Kress von Kressenstein, warga Jerman yang berkhidmat sebagai ketua turus Tentera Keempat (Dördüncü Ordu) di bawah pimpinan Djemal Pasha, yang berpangkalan di Palestin.

00116v

Panji-panji rejimen diserahkan kepada barisan pertahanan Gaza, yang menangkis serangan pertama British pada 1917.

penyerahan

Pemerintah Tentera Ketiga Khilafah Uthmaniyyah, Ahmed Izzet Pasha, tiba di Baitul Maqdis pada April 1917.

serah

Teks asal surat penyerahan Baitul Maqdis kepada British yang ditandatangani Ahmed Izzet sebagai mutasarrif, berbunyi: “Disebabkan kedahsyatan pengepungan bandar dan penderitaan yang ditanggung negeri aman ini akibat senjata berat anda; dan kerana bimbang bom-bom akan mengenai tempat-tempat suci, kami terpaksa menyerahkan kepada anda bandar ini melalui Hussein Bey al-Husayni, datuk bandar Baitul Maqdis, sambil berharap bahawa anda akan melindungi Baitul Maqdis sebagaimana kami telah melindunginya selama lebih lima ratus tahun.”

allenby

Berbeza daripada Maharaja Jerman Wilhelm II yang memasuki Baitul Maqdis dengan berkuda pada 1898, pemerintah Pasukan Ekspedisi Mesir, Jeneral Edmund Allenby, telah turun daripada kuda tunggangan bersama-sama para pegawainya sebagai tanda hormat, dan masuk ke Baitul Maqdis dengan berjalan kaki pada 11 Disember 1917.


2. Siapa Yang Jatuhkan Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Palestin?

British.

Tentera Khilafah Uthmaniyyah yang bersekutu dengan tentera Jerman telah ditewaskan oleh ‘Pasukan Ekspedisi Mesir’ (Egypt Expeditionary Force), satu pasukan yang dianggotai tiga kor ketenteraan dari empayar British termasuk tentera dari Australia, India dan New Zealand.


3. Mengapa Pula Bani Hashim Menuntut Palestin Daripada British?

Kerana Bani Hashim, yang berpusat di Hijaz, mahu menubuhkan ‘khilafah Islam Arab’ yang meliputi Palestin, dengan meminta bantuan British untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Bantuan ini telah diminta melalui perutusan surat oleh Sharif Mekah (gelaran bagi penjaga dua tanah suci Mekah dan Madinah) ketika itu, Hussein bin Ali.

Hussein telah mengutuskan surat berkenaan kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, Sir Henry McMahon pada tahun 1915, ketika Palestin masih di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Bani Hashim kemudiannya telah membantu menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah dengan melakukan pemberontakan di Hijaz, termasuk di Mekah, Madinah dan Jeddah.

Hussein telah dianugerahkan Honorary Knight Grand Cross of the Order of the Bath oleh British. Beliau kemudian telah melantik diri sebagai ‘khalifah’ pada 1924. Anak beliau Faisal yang merupakan Raja Syria telah dilantik sebagai Raja Iraq, manakala Abdullah telah ditabalkan sebagai Raja Transjordan. Walau bagaimanapun, Bani Hashim telah dikalahkan oleh keluarga Al-Saud pada 1925 dan Hussein melarikan diri ke Cyprus.

hussein

Sharif Mekah, Hussein bin Ali, daripada Bani Hashim, telah membantu British menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah dengan melakukan pemberontakan. Beliau telah dianugerahkan Honorary Knight Grand Cross of the Order of the Bath oleh British.

ibnsaud

Ibn Saud, atau nama penuhnya Abdul Aziz Al-Saud, telah menawan Mekah daripada Bani Hashim pada 1925. Beliau kemudiannya menubuhkan Kerajaan Arab Saudi pada 1932.


4. Apakah Perjanjian Bani Hashim Dengan Pihak Luar Untuk Menentukan Pentadbir Palestin?

1. Surat-Menyurat antara Hussein-McMahon (1915): Palestin milik Arab

Sejak perutusan surat pertama oleh Hussein bin Ali kepada Sir Henry McMahon pada 15 Julai 1915, sebanyak sembilan lagi surat telah diutuskan antara kedua-dua individu berkenaan. Di dalam surat yang keempat bertarikh 24 Oktober 1915, McMahon telah meminta kawasan berikut dikecualikan daripada tuntutan Bani Hashim:

The two districts of Mersina and Alexandretta and portions of Syria lying to the west of the districts of Damascus, Homs, Hama and Aleppo cannot be said to be purely Arab, and should be excluded from the limits demanded.2

[Kedua-dua daerah Mersina dan Alexandretta dan bahagian-bahagian Syria yang terletak di barat daerah Damsyik, Homs, Hama dan Aleppo tidak boleh dikatakan (kawasan) tulen Arab, dan seharusnya dikecualikan daripada had-had yang dituntut.]

Walau bagaimanapun, kawasan bukan ‘tulen Arab’ yang diminta oleh McMahon untuk dikecualikan daripada tuntutan Bani Hashim ini tidaklah termasuk Palestin:

  • Mersina – kini Mersin, Turki
  • Alexandretta – kini Iskenderun, Turki
  • Bahagian Syria yang terletak di barat Damsyik, Homs, Hama dan Aleppo – kini Lubnan
  • Adana – kini sebahagian Turki
  • Aleppo – kini sebahagian Syria
  • Beirut – kini sebahagian Lubnan

Ini bermakna Palestin masih lagi berada di bawah kawasan yang dituntut oleh Hussein.

sancak

Palestin meliputi kawasan ‘mutasarrifiyyah‘ (‘sancak‘ dalam bahasa Turki) Baitul Maqdis (Jerusalem), Nablus (Balqa) dan Akka (Acre).

2. Perjanjian Faisal-Weizmann (1919): Palestin milik bersama bangsa Arab dan Yahudi

Perjanjian Faisal-Weizmann ialah perjanjian antara Raja Faisal bin Hussein bin Ali al-Hashimi, ketika itu Raja Syria, dengan Chaim Weizmann, Presiden Organisasi Zionis Dunia, yang ditandatangani pada 3 Januari 1919. Raja Faisal ialah anak kepada Hussein bin Ali.

Di dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggalakkan imigrasi Yahudi ke Palestin dalam skala besar:

Article IV

All necessary measures shall be taken to encourage and stimulate immigration of Jews into Palestine on a large scale, and as quickly as possible to settle Jewish immigrants upon the land through closer settlement and intensive cultivation of the soil. In taking such measures the Arab peasant and tenant farmers shall be protected in their rights, and shall be assisted in forwarding their economic development.3

(Artikel IV

Semua langkah-langkah yang perlu akan diambil untuk menggalakkan dan merangsang imigrasi Yahudi ke Palestin dalam skala besar, dan dengan secepat yang mungkin untuk menempatkan imigran-imigran Yahudi ke tanah ini melalui penempatan yang hampir dan pengusahaan tanah secara intensif. Semasa mengambil langkah-langkah tersebut para petani Arab dan petani penyewa akan dilindungi hak-hak mereka, dan akan dibantu untuk memajukan perkembangan ekonomi mereka.)

tandatangan

weizmann

Teks asal Perjanjian Faisal-Weizmann yang menggalakkan imigrasi Yahudi ke Palestin pada skala besar.

faisal

Raja Faisal bersama-sama Chaim Weizmann pada 1919.

Article IV All necessary measures shall be taken to encourage and stimulate immigration of Jews into Palestine on a large scale, and as quickly as possible to settle Jewish immigrants upon the land through closer settlement and intensive cultivation of the soil. In taking such measures the Arab peasant and tenant farmers shall be protected in their rights, and shall be assisted in forwarding their economic development.
– See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/5BFF833964EDB9BF85256CED00673D1F#sthash.iCZWLTNA.dpufKerana Bani H


5. Apakah Perjanjian Antarabangsa Yang Menentukan Pentadbir Palestin?

1. Perjanjian Sykes-Picot (1916): Palestin milik pentadbiran antarabangsa

Perjanjian Sykes-Picot ialah perjanjian antara British dan Perancis, dengan persetujuan Russia, untuk membahagikan pengaruh mereka ke atas wilayah Khilafah Uthmaniyyah, sekiranya mereka berjaya menewaskan khilafah tersebut. Perjanjian ini telah diusahakan oleh penasihat diplomatik British Sir Mark Sykes dengan diplomat Perancis, Francois Georges-Picot.

Perjanjian ini telah dimuktamadkan pada 16 Mei 1916. Di dalam surat yang diutuskan oleh Setiausaha Luar British, Sir Edward Grey kepada duta Perancis di UK, Paul Cambon pada tarikh tersebut, Palestin telah diputuskan untuk diletak di bawah sebuah pentadbiran antarabangsa:

3. That in the brown area there shall be established an international administration, the form of which is to be decided upon after consultation with Russia, and subsequently in consultation with the other Allies, and the representatives of the Shereef of Mecca.4

(3. Bahawa di kawasan bertanda perang akan ditubuhkan sebuah pentadbiran antarabangsa, yang bentuknya akan diputuskan selepas rundingan dengan Russia, dan kemudiannya rundingan dengan pihak-pihak Berikat yang lain, dan para perwakilan Sharif Mekah.)

sykespicot

Peta yang disertakan bersama surat Sir Edward Grey kepada Paul Cambon. Kawasan bertanda perang ialah kawasan yang dicadang untuk diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.

2. Deklarasi Balfour (1917): Palestin milik bangsa Yahudi

Deklarasi Balfour ialah sepucuk surat bertarikh 2 November 1917 yang diutuskan oleh Setiausaha Luar British, Arthur Balfour, kepada Walter Rothschild, untuk disampaikan kepada Persekutuan Zionis Great Britain dan Ireland.

His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of the object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious’ rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country – See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E210CA73E38D9E1D052565FA00705C61#sthash.dCa7OCnh.dpuf
His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of the object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious’ rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country – See more at: http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E210CA73E38D9E1D052565FA00705C61#sthash.dCa7OCnh.dpuf

His Majesty’s government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.5

[Kerajaan Baginda (Raja United Kingdom) menyokong penubuhan rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi di Palestin, dan akan berusaha sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaian objek ini, setelah difahami secara jelas bahawa tiada yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan bagi komuniti-komuniti bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak-hak dan status politikal yang dinikmati oleh Yahudi di negara-negara lain.]

balfour

Arthur Balfour dan suratnya kepada Walter Rothschild yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour.

3. Perjanjian Sevres (1920): Palestin milik bangsa Yahudi

Pada 25 April 1920, mesyuarat Majlis Tertinggi Kuasa-kuasa Berikat yang dihadiri Perdana Menteri Britain David Lloyd George, Perdana Menteri Perancis Alexandre Millerand, Perdana Menteri Itali Franceso Nitti dan duta Jepun di Perancis, K. Matsui, telah mempersetujui Resolusi San Remo. Resolusi ini telah mengulangi sokongan yang diberikan kerajaan British kepada bangsa Yahudi di dalam Deklarasi Balfour:

The High Contracting Parties agree to entrust, by application of the provisions of Article 22, the administration of Palestine, within such boundaries as may be determined by the Principal Allied Powers, to a Mandatory, to be selected by the said Powers. The Mandatory will be responsible for putting into effect the declaration originally made on November 8, 1917, by the British Government, and adopted by the other Allied Powers, in favour of the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.6

(Pihak-Pihak Pejanji bersetuju untuk mengamanahkan, melalui aplikasi peruntukan Artikel 22, pentadbiran untuk Palestin, dalam sempadan yang ditentukan oleh Kuasa-kuasa Berikat Utama, kepada satu Mandatori, yang akan dipilih oleh Kuasa-kuasa yang telah disebutkan. Mandatori ini akan bertanggungjawab untuk melaksanakan deklarasi yang pada asalnya dibuat pada 8 November, 1917, oleh Kerajaan British, dan diterima oleh Kuasa-kuasa Berikat lain, yang menyokong penubuhan rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi di Palestin, setelah difahami secara jelas bahawa tiada yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan bagi komuniti-komuniti bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak-hak dan status politikal yang dinikmati oleh Yahudi di negara-negara lain.)

sanremo

Baris hadapan dari kiri: K. Matsui, David Lloyd George, Alexandre Millerand dan Francesco Nitti.

Resolusi San Remo ini telah dibentuk menjadi Perjanjian Sevres, dan ditandatangani oleh Kuasa-kuasa Berikat (UK, Perancis, Itali dan Jepun) beserta wakil Khilafah Uthmaniyyah.

Walau bagaimanapun, Khilafah Uthmaniyyah gagal meratifikasi perjanjian ini kerana ia memerlukan tandatangan Mustafa Kemal Ataturk, pemimpin parti yang memenangi pilihanraya Parlimen Turki. Kemal, yang baru membentuk kerajaan baru berpusat di Ankara pada 23 April 1920, mengecam perjanjian tersebut. Beliau menghimpunkan tentera dan melancarkan Perang Kemerdekaan Turki untuk merampas kembali wilayah-wilayah yang telah jatuh di bawah pengaruh Kuasa-kuasa Berikat, termasuk Istanbul.

riza

Wakil Khilafah Uthmaniyyah yang menandatangani Perjanjian Sevres: dari kiri Rıza Tevfik, Damat Ferid Pasha, Bağdatlı Hadi Pasha dan Reşad Halis.

kemal

Mustafa Kemal Ataturk mengecam dan enggan menandatangani Perjanjian Sevres. Beliau kemudian melancarkan perang untuk merampas kembali wilayah yang telah jatuh di bawah pengaruh Kuasa-kuasa Berikat, termasuk Istanbul.

dumlupinar

Kemal semasa Pertempuran Dumlupinar untuk merampas kembali wilayah Anatolia daripada Greece. Kemaraan tentera Ataturk yang menghapuskan tentera Greece telah mengakibatkan Kuasa-kuasa Berikat menawarkan Perjanjian Lausanne untuk menamatkan perang. Perang Kemerdekaan Turki berakhir apabila Turki menandatangani Perjanjian Lausanne, dan tentera British, Itali serta Perancis meninggalkan Istanbul pada 23 September 1923.

4. Mandat untuk Palestin (1923): Palestin milik bangsa Yahudi

Mandat untuk Palestin (Mandate for Palestine) ialah dokumen tauliah untuk pentadbiran wilayah-wilayah bekas jajahan Khilafah Uthmaniyyah yang membentuk Palestin. Mandat ini telah dibuat oleh Liga Bangsa (organisasi pendahulu PBB) dan berkuatkuasa pada 29 September 1923.

Kandungan mandat ini adalah berdasarkan Resolusi San Remo dan turut mengulangi sokongan yang diberikan kerajaan British kepada bangsa Yahudi di dalam Deklarasi Balfour:

Whereas the Principal Allied Powers have also agreed that the Mandatory should be responsible for putting into effect the declaration originally made on November 2nd, 1917, by the Government of His Britannic Majesty, and adopted by the said Powers, in favour of the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, it being clearly understood that nothing should be done which might prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.7

(Manakala Kuasa-kuasa Berikat Utama telah bersetuju bahawa Mandatori berkenaan perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan deklarasi yang pada asalnya dibuat pada 2 November, 1917, oleh Kerajaan Baginda Raja Britain, dan diterima oleh Kuasa-kuasa yang telah disebutkan, yang menyokong penubuhan rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi di Palestin, setelah difahami secara jelas bahawa tiada yang dilakukan akan menjejaskan hak-hak sivil dan keagamaan bagi komuniti-komuniti bukan Yahudi yang sedia ada di Palestin, atau hak-hak dan status politikal yang dinikmati oleh Yahudi di negara-negara lain.).

mandat

Teks asal Mandat untuk Palestin yang mengandungi kenyataan sokongan Kuasa-kuasa Berikat terhadap pewujudan “rumah kebangsaan untuk bangsa Yahudi” di Palestin.


1. “The surrender of Jerusalem to the British, December 9th, 1917. Copy of the letter of surrender.,” Library of Congress, 9 Disember, 1917, http://www.loc.gov/pictures/item/mpc2004004546/PP/

2. “Letters between Hussein Ibn Ali and Sir Henry Mcmahon,” The World War I Document Archive, http://wwi.lib.byu.edu/index.php/Letters_between_Hussein_Ibn_Ali_and_Sir_Henry_Mcmahon

3. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL), http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/5BFF833964EDB9BF85256CED00673D1F

4. “15 & 16 May, 1916: The Sykes-Picot Agreement,” The World War I Document Archive, http://wwi.lib.byu.edu/index.php/Sykes-Picot_Agreement

5. The United Nations Information System on the Question of Palestine (UNISPAL), http://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/E210CA73E38D9E1D052565FA00705C61

6. “San Remo Resolution,” Council on Foreign Relations, 25 April, 1920, http://www.cfr.org/israel/san-remo-resolution/p15248

7. “Mandate for Palestine and Memorandum by the British Government Relating to its Application to Transjordan,” World Digital Library, 16 Ogos, 1922, http://www.wdl.org/en/item/11572/

One thought on “Analisis: Bagaimana Palestin Jatuh Ke Tangan Zionis?

  1. Pingback: Analisis: Bagaimana Palestin Jatuh Ke Tangan Zionis? | JomTenet.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s