Tuduhan-Tuduhan Berkaitan 1MDB

1. Pinjaman Palsu USD700 Juta Oleh PetroSaudi Holdings

PetroSaudi Holdings dituduh memberikan pinjaman sebanyak USD700 juta kepada 1MDB-PetroSaudi Limited, namun tidak pernah memindahkan dana tersebut kepada 1MDB-PetroSaudi Limited:

There was also FRAUD in the creation of a fake US$700 million loan from PetroSaudi Holdings to the JV Co.1
– The Edge

TheEdge1

Walaupun tidak menerima pinjaman USD700 juta tersebut, 1MDB-PetroSaudi Limited dituntut untuk membayar balik ‘pinjaman’ berkenaan kepada PetroSaudi Holdings. Bayaran balik ‘pinjaman’ pula dilakukan oleh syarikat induk 1MDB-PetroSaudi Limited, iaitu 1Malaysia Development Berhad, bukan kepada pemiutang (PetroSaudi Holdings), tetapi kepada Good Star (Seychelles) Limited, syarikat milik Jho Low.

SUMBER: The Edge1

KESALAHAN:
a. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan
b. Menerima suapan

SEKSYEN/AKTA:
a. Seksyen 420 Kanun Keseksaan (dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan)
b. Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

BUKTI:
a. Dokumen/rekod kiriman wang Deutsche Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 30 September 2009 sebanyak USD700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad kepada akaun milik Good Star (Seychelles) Limited bernombor 11116073 di RBS Coutts Bank Limited (kini Coutts & Co. Limited).
b. Dokumen/rekod bayaran fi broker kepada akaun milik Tarek Obaid bernombor 7573800 di J. P. Morgan (Suisse) SA.
c. Penyata akaun 1MDB-PetroSaudi Limited dan anak-anak syarikatnya pada dan selepas 25 September 2009 (tarikh perjanjian pinjaman ditandatangani).
d. Surat tuntutan pinjaman bertarikh 29 September 2009 daripada PetroSaudi Holdings kepada 1MDB-PetroSaudi Limited.

PIHAK KENA TUDUH:
a. Jho Low [pemilik benefisial Good Star (Seychelles) Limited]
b. Tarek Obaid
c. Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi
d. PetroSaudi Holdings

MANGSA:
a. 1MDB-PetroSaudi Limited
b. 1Malaysia Development Berhad

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.


2. Penjualan Aset Bukan Milik Sendiri Oleh PetroSaudi Holdings

PetroSaudi Holdings dituduh menjual aset yang bukan miliknya kepada 1MDB-PetroSaudi Limited (syarikat usahasama dengan 1Malaysia Development Berhad):

PetroSaudi Holdings committed FRAUD by selling assets which it did not own into the JV Co.1
– The Edge

TheEdge2

Aset berkenaan dimiliki oleh syarikat lain iaitu Buried Hill Energy (Cyprus) Public Company Limited.

SUMBER: The Edge1

KESALAHAN:
a. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan
b. Kontrak jualan tidak sah (void ab initio)

SEKSYEN/AKTA:
a. Seksyen 420 Kanun Keseksaan (dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan)
b. Seksyen 66 Akta Kontrak 1950

BUKTI:
a. Dokumen pemilikan aset oleh Buried Hill Energy (Cyprus) Public Company Limited.
b. Dokumen perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited bertarikh 28 September 2009.
c. Dokumen perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 4 Julai 2009.
d. Rekod pembatalan perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 23 November 2009.

PIHAK KENA TUDUH:
PetroSaudi Holdings

MANGSA:
a. 1MDB-PetroSaudi Limited
b. 1Malaysia Development Berhad

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.


3. Pecah Amanah RM42 Juta Ke Akaun Peribadi oleh Individu A

Individu A didakwa melupuskan dana sebanyak RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. (kini anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia) melalui syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd., ke dalam akaun peribadi.

wsj

SUMBER: The Wall Street Journal2

KESALAHAN:
Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen

SEKSYEN/AKTA:
Seksyen 409 Kanun Keseksaan (dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan)

BUKTI:
a. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada akaun milik Individu A bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.3
b. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada akaun milik Individu A bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.3
c. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada akaun milik Individu A bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.4

affin261214a

Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada akaun milik Individu A bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

affin261214b

Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada akaun milik Individu A bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

affin100215

Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta daripada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada akaun milik Individu A bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

PIHAK KENA TUDUH:
a. Individu A
b. Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

MANGSA:
Kerajaan Malaysia

STATUS SIASATAN: Siasatan “masih berjalan oleh SPRM.”5

sprm

Kenyataan SPRM bertarikh 3 Ogos 2015.


4. Pecah Amanah USD681 Juta Ke Akaun Peribadi Oleh Individu A

Individu A didakwa melupuskan dana sebanyak USD681 juta ke dalam akaun peribadi.

SUMBER: The Wall Street Journal2

KESALAHAN:
Pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen

SEKSYEN/AKTA:
Seksyen 409 Kanun Keseksaan (dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan)

BUKTI:
a. Rekod mesej kiriman wang Wells Fargo Bank N.A. bertarikh 21 Mac 2012 sebanyak USD620 juta daripada Tanore Finance Corp. kepada akaun milik Individu A di AmIslamic Bank Berhad.6
b. Rekod mesej kiriman wang Wells Fargo Bank N.A. bertarikh 25 Mac 2013 sebanyak USD61 juta daripada Tanore Finance Corp. kepada akaun milik Individu A di AmIslamic Bank Berhad.6

wellsfargo1

Rekod mesej kiriman wang Wells Fargo Bank N.A. bertarikh 21 Mac 2012 sebanyak USD620 juta daripada Tanore Finance Corp. kepada akaun milik Individu A di AmIslamic Bank Berhad.

wellsfargo2

Rekod mesej kiriman wang Wells Fargo Bank N.A. bertarikh 25 Mac 2013 sebanyak USD61 juta daripada Tanore Finance Corp. kepada akaun milik Individu A di AmIslamic Bank Berhad.

PIHAK KENA TUDUH:
Individu A

MANGSA:
Pemilik benefisial dana daripada Tanore Finance Corp.

STATUS SIASATAN: Siasatan selesai. Dana merupakan “sumbangan penderma”5 “yang berasal dari Timur Tengah”7.


1. “How Jho Low & PetroSaudi schemed to steal money from the people of Malaysia via 1MDB,” The Edge Financial Daily, 20 Julai, 2015, http://tefd.theedgemarkets.com/2015/FDsetia/FDsetia_20150720txxwbr.pdf

2. “Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader Najib’s Accounts Amid 1MDB Probe,” The Wall Street Journal, 2 Julai, 2015, http://www.wsj.com/articles/SB10130211234592774869404581083700187014570

3. “December 2014: Bank transfers from SRC International to Mr. Najib’s accounts,” The Wall Street Journal, 7 Julai, 2015, http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-documents

4. “February 2015: Bank transfers from SRC International to Mr. Najib’s account,” The Wall Street Journal, 7 Julai, 2015, http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-documents

5. “Hasil Siasatan Berkaitan Dana RM2.6 Bilion,” Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 3 Ogos, 2015, http://www.sprm.gov.my/hasil-siasatan-dana.html

6. “March 2013: Bank transfers from Tanore Finance to Prime Minister Najib Razak’s account,” The Wall Street Journal, 7 Julai, 2015, http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-documents

7. “Penjelasan Mengenai Isu Dana RM2.6 Bilion Dan Siasatan SRC International,” Portal Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 5 Ogos, 2015, http://www.sprm.gov.my/penjelasan-2billion.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s