Tindakan Meniru Bush Yang Menjijikkan!

25 Ogos 2005
Taufan Katrina mula melanda Florida.

19 Disember 2006
Banjir besar mula melanda Johor.

29 Ogos 2005
Presiden George W. Bush menyambut harijadi Senator Arizona John McCain.

21 Disember 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih bercuti di Greece.

30 Ogos 2005
Bush masih bercuti di Crawford, Texas.

Beliau bermain gitar bersama penyanyi ‘country’, Mark Willis.

31 Ogos 2005
Bush meninjau kemusnahan akibat Taufan Katrina dari Air Force One, dalam perjalanan balik ke Washington.

23 Disember 2006
Pak Lah akhirnya melawat mangsa banjir di Tangkak.

2 September 2005
Bush akhirnya melawat mangsa banjir di New Orleans. Bantuan makanan sebanyak 3 tan untuk mangsa di St. Bernard Parish dan Algiers Point tidak dapat diagihkan apabila trafik udara dihentikan bagi membolehkan lawatan Bush.

25 Disember 2006
Pak Lah menyambung cuti ke Perth. Untuk makluman, Bush memendekkan 2 hari daripada tempoh percutian beliau. Pak Lah gagal dalam usaha beliau untuk meniru bulat-bulat tindakan Bush.

Untuk makluman juga, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Michael Brown, telah meletakkan jawatan selepas dikritik hebat kerana pengendalian operasi agensi tersebut ketika Taufan Katrina.

29 Disember 2006

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyumbangkan sebanyak 130 ekor lembu kepada 34 buah masjid dan 40 surau di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini Utusan Malaysia

Kepala Batas.

Johor? Boleh pergi tenggelam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s