Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin: Suara Akar Umbi UMNO

Nama: Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

Gelaran: Y.B. Tan Sri Dato’

Jawatan: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Kawasan: Ahli Parlimen Pagoh

Biodata Peribadi

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).1

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Y.B. Tan Sri Dato’ telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd. Y.B. Tan Sri Dato’ kini mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi. Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982). Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Y.B. Tan Sri Dato’ Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehinggalah ke hari ini. Y.B. Tan Sri Dato’ pertama kalinya dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978. Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia. Y.B. Tan Sri Dato’ juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mulai bulan Disember 1999. Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Oleh itu, beliau bertekad untuk membalas kepercayaan Y.A.B. Perdana Menteri dengan meletakkan sektor pertanian di tahap yang sepatutnya dengan menumpukan usaha menjadikannya satu sektor yang moden, dinamik, dan mampu membawa perolehan yang besar kepada negara. Di samping itu, beliau terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk Pagoh agar rakyat hidup selesa dan bebas dari kemiskinan melalui program pembangunan pertanian yang dijalankan di situ. Selepas Pilihan Raya ke-12, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Selain itu, Y.B. Tan Sri juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996). Y.B. Tan Sri Dato’ Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, YB Tan Sri Dato’ gemar bermain golf dan badminton.1

Anugerah

  • 2007-Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Dato Seri
  • 1991-Seri Paduka Mahkota Johor (SMPJ), Dato’
  • 1988- Panglima Setia Mahkota (PSM), Tan Sri
  • 1980-Setia Mahkota Johor (SMJ)
  • 1979-Bintang Sultan Ismail (BSI)
  • 1974-Pingat Ibrahim Sultan (PIS)1


Pandangan Tentang Peralihan Kuasa

Tahun 2010 adalah terlalu lama.2

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 10 September 2008

Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan kabinet.3

– Datuk Mohd. Zaid Ibrahim, 12 September 2008

Jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau.3

– Datuk Mohd. Zaid Ibrahim, 12 September 2008

Apakah tindakan itu menunjukkan beliau (Muhyiddin) beretika atau telah melanggar etika parti?4

– Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, 14 September 2008

Muhyiddin boleh memberikan pandangannya semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri setiap hari Rabu dan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT), bukan secara terbuka di luar negara.4

– Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, 14 September 2008

Kenyataan yang saya buat di Singapura bukan di khalayak ramai dalam persidangan, itu tidak saya lakukan. Semasa persidangan saya cakap tentang Malaysia, promosikan negara dengan beberapa kejayaan. Kenyataan itu dibuat dalam satu sidang akhbar yang sebahagiannya adalah media Malaysia.5

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 15 September 2008

Saya sebutlah walaupun sudah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) tetapi saya tak dapat elak dari menerima pandangan dari akar umbi yang mengatakan tempoh itu agak lama dan kalau boleh dipercepatkan sebab itu saya buat statement mungkin presiden parti hendak memikirkan semula, tiada kenyataan nak suruh (Abdullah) berhenti.5

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 15 September 2008


Pandangan Tentang Kepimpinan Tertinggi Kerajaan:

My view is that this Government should move forward, but in order to move forward, there is a need for very serious thinking by the leadership on the situation in the country.6

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 11 Mei 2008


Pandangan Tentang Hak Melayu:

As a Malay, I am concerned about the position of the Malays, not that they should be dominating but they should have a strong presence in running the country.6

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 11 Mei 2008


Pandangan Tentang Menyuarakan Keinginan Akar Umbi:

I have to speak out because I am very much a part of the party hierarchy. And I have received tremendous response from the grassroots who feel that I am saying something right.6

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 11 Mei 2008


Pandangan Tentang Kuota 30% Pencalonan Untuk Jawatan Presiden:

Yes, I have expressed that because it is undemocratic. Some smart aleck came up with the idea that we should impose a certain quota system that you can only contest if you get a certain number of nominations. Why do you need a certain quota imposed on them? You have to cross the bar before you can exercise your right. That, for me, is undemocratic.6

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 11 Mei 2008

Bila saya sebut kita hapuskan sistem kuota, dia (Dr. Tun Dr. Mahathir) kata biarlah begitu, tak apa. Jadi bila dia kata begitu, saya tidak bawa kepada Perhimpunan Agung, kekal sistem itu macam yang ada sekarang. Sebab dia Presiden dan penyandang, jadi kalau buka mungkin memudahkan orang bertanding melawannya. Jadi sekarang, dia kata hapuskan, baru dia nampak peraturan itu mengekang, tidak demokratik dan tidak menjadikan UMNO lebih bertenaga kerana ada pelbagai sekatan.7

– Tan Sri Muhyiddin Yassin, 30 Mac 2008


1. http://pmr.penerangan.gov.my/custom.cfm?name=”lihatbiodatadetail.cfm&id=14

2. “Muhyiddin Kata PM Patut Fikir Semula Tempoh Masa Pelan Peralihan Kuasa,” Bernama.com, 10 September, 2008, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=358340

3. “Sama Ada Muhyiddin Letak Jawatan Atau Disingkirkan, Kata Zaid,” Bernama.com, 12 September, 2008, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=358842

4. “Muhyiddin perlu letak jawatan – Alwi,” Utusan Online, 14 September, 2008, http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2008&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

5. “Muhyiddin: Saya Tidak Akan Letak Jawatan,” Bernama.com, 15 September, 2008, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=359201

6. “Muhyiddin walks a fine line,” The Star Online, 11 Mei, 2008, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/5/11/nation/21220305&sec=nation

7. “Muhyiddin, Shahrir, Khaled setuju,” Utusan Online, 30 Mac, 2008, http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_01.htm&arc=hive

3 thoughts on “Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin: Suara Akar Umbi UMNO

  1. assalamualaikum… tan sri muhyiddin yassin tidak sepatutnya di suruh meletak jawatan.Ini kerana beliau telah banyak berjasa kepada negara.

  2. Assalamualaikum Tan Sri,
    Syabas atas perjuangan Tan Sri untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik. Saya ingin mencadangkan agar jumlah guru dan pengetua juga guru besar yang sering di panggil mesyuarat atau terlibat dengan aktivititi bahagian Kementerian dikurangkan dan cuba wujudkan data pengetua cemerlang dan guru besar cemerlang yang telah bersara yang dapat memberikan sumbangan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Tk

  3. Asalamualaikum YB Dato,

    Saya seorang mualaf,dah 20 tahun masuk islam,3 tahun lepas,kehilangan kerja dan punca pendapatan sebanyak 2 kali.Setiap tahun tak pernah tak bayar zakat,bilamana saya ditimpa kesusahan,tidak dapat bayar sewa rumah sampaikan terpaksa berhutang Along,isteri melayu saya yang tersayang mendesak saya pergi ke jabatan agama islam johor dan selangor untuk mendapatkan bantuan.setibanya di jab.agama,saya dengan secara rasminya diberitahu bahawa jab.agama johor berkenaan memang tidak ada apa2 bantuan untuk membantu orang seperti saya,saya pun tak heran,pasal saya orang cina,bukan nak hadap sangat bantuan dan bukan nak hadap sangat masuk islam disebabkan tarat bumiputera,itupun saya tak ada,yang saya tidak boleh tahan dan marah ni,ke mana duit zakat berjuta ringgit yang saya difahamkan unclaim di baitumal oleh seorang rakan saya ex-presiden mualaf,iaitu persatuan darul fitrah,sejak dari insiden itu,saya tidak mahu lagi membayar zakat,bagi zakat kat peminta sedekah kat tepi jalan lagi afdal,kalaulah anda mengganggap diri anda masih seorang islam,mahukah anda masih lagi memilih sebuah pimpinan kerajaan yang seban hari meluangkan satu malaysia,setakat menyakitkan telinga sahaja bagi saya,tetapi tak nampak pulak satu malaysia untuk dakwah islamiah?

    ‘hai saudara,mana ada lagi orang kafir nak masuk islam lagi lepas ini?,belum cukup lagi dengan ramai saudara baru yang murtad,apa yang pemerintah islam ini lakukan,tindak tanduk mereka seperti pandai cakap tak serupa bikin,baik tak payah ada jabatan agama islam di malaysia ini,cuba tengok sekarang terdapat tidak kurang dari 10 buah gereja kristian disetiap bandar,belum lagi diambil kira yang baru nak tumbuh macam cendawan,mereka berwibawa tidak seperti pemerintah kita yang namanya hanya islam setakat untuk digantungkan pada nama i.c.sahaja.renung2kanlah saudara islam kita sekelian.

    luahan suara hati dari wan.mualaf.lama yang dizalimi pemerintah islam di negara sendiri,yang namanya malaysia,negara islam yang sekian lama masyhur didunia tetapi bukan lagi di hati rakyatnya.

    luahan hati dari wan.mualaf.lama yang dizalimi pemerintah islam hadiri dinegara islam sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s