Siapa Rugi Bila Orang Melayu Serang Hakim Melayu?

1. Bangsa Melayu

Tiga bulan selepas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, menyampaikan penghakiman yang memihak kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam kes Lina Joy, Malaysiakini tiba-tiba tampil dengan video Lingam.1 Seminggu kemudian, beribu-ribu peguam termasuklah yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, menurut telunjuk The Malaysian Bar Council untuk berarak di Putrajaya, kononnya bagi ‘menyelamatkan institusi kehakiman negara’.2

Pernahkah anak-anak Melayu terfikir, di sebalik slogan berkenaan, mengapa video Lingam itu hanya muncul tiga bulan selepas kes Lina Joy?

Mengapa bukan pada tahun 2002, ketika video itu kononnya dirakamkan?

Atau pada tahun 2003, 2004, 2005 malah 2006?

Siapa yang akhirnya berjaya dijatuhkan dalam situasi ini? Bukan V.K. Lingam, bukan juga sebarang hakim, malah Ketua Hakim Negara yang menyampaikan penghakiman kes Lina Joy: tidak lain dan tidak bukan Tun Ahmad Fairuz.

Tun Ahmad Fairuz menyampaikan penghakiman menyebelahi MAIWP dalam kes Lina Joy. Bagaimana dengan anda: menyebelahi siapa?

2. Agama Islam

Sebaik Tun Ahmad Fairuz dijatuhkan pada 2007, segelintir pihak kini mula menghidu habuan yang lebih besar pula. Momentum ‘kejayaan’ tersebut telah diteruskan dengan sokongan terang-terangan tanpa segan silu yang dilontarkan ketika PRU pada awal tahun 2008 terhadap pihak yang sememangnya sudah lama menyimpan dendam terhadap sistem kehakiman negara: parti pembangkang Melayu.3 4

Cukup sebulan setengah selepas kejayaan besar dalam PRU ke-12, Archbishop Murphy Pakiam muncul untuk memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald – The Catholic Weekly. Tidak pernah situasi ini berlaku dalam sejarah tanah tumpah darah Melayu, tidak ubah seperti kes Lina Joy yang juga berlaku kali pertama.

Pernahkah anak-anak Islam terfikir: mengapa sebulan selepas PRU ke-12?

Siapa yang untung dalam situasi ini? Hudud? Islam?

Hasan Ali kata 901 "sia-sia" dan beliau mahukan Nik Aziz atau Hadi Awang jadi PM. Bagaimana dengan anda: masih mahukan Anwar jadi PM?

3. Negara Malaysia

Pada 19 November 2009, setelah menang kes menentang SPRM, Karpal Singh telah membuat kenyataan di luar mahkamah bahawa saksi-saksi yang pernah ditahan dan disoal siasat oleh SPRM boleh memfailkan tuntutan gantirugi.5

Bukankah kelakuan menjadi jaguh kepada pesalah-pesalah rasuah bagi memerangi SPRM merupakan mischief yang besar?

Kini, Karpal Singh merupakan ketua pasukan pembelaan Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan. Pada 9 Januari 2012, dijangkakan beribu-ribu anak-anak Melayu dan Islam akan berkumpul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk kononnya ‘menentang kezaliman sistem kehakiman’.

Slogannya mirip. Kepalanya sama.

Karpal Singh, ketua pasukan pembelaan Anwar, seringkali menyerahkan sahaja kerja penggulungan hujah kepada peguam junior, Ram Karpal dan Sankara Nair. Bagaimana dengan anda: masih bermati-matian mahu pertahankan Anwar?

Anak-anak Melayu Islam yang lantang menuntut saksi-saksi dalam kes ini, tidak pernah pula menuntut saksi ketika menjatuhkan hukum terhadap Tun Ahmad Fairuz. Pernahkah anak-anak Melayu dan Islam ini terfikir: individu manakah yang mampu berjaya menjadi ketua kerajaan yang pernah dijahanamkannya?

Yang telah mengumpul begitu ramai musuh dan ‘membakar begitu banyak jambatan’ kepada kakitangan penguatkuasaan, dan sistem kehakiman?

Kita tahu siapa yang akan rugi. Jadi anda sudah tahu siapa yang untung?

1. “Transcript of Lingam’s conversation with Ahmad Fairuz,” Malaysiakini, 19 September, 2007, http://www.malaysiakini.com/news/72608

2. “Walk for Justice: “When lawyers walk, something must be very wrong”,” The Malaysian Bar, 26 September, 2007, http://www.malaysianbar.org.my/bar_news/berita_badan_peguam/walk_for_justice_when_lawyers_walk_something_must_be_very_wrong_.html

3. “Anwar explains his stance to Christian leaders,” Malaysiakini, 2 Februari, 2008, http://www.malaysiakini.com/news/77726

4. “Urgent Call for Continued Prayer (Malaysian General Election 2008),” 13 Mac, 2008, http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=43&action=view&retrieveid=948

5. “High Court: MACC’s night interrogation illegal,” Malaysiakini, 19 November, 2009, http://malaysiakini.com/news/117824

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s