PAS: Lebih Liberal Daripada Yang Liberal

 

Pandangan Tentang Projek Ladang Ternakan Babi Mega Bernilai RM100 Juta

Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka.

Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak.1

– Dr. Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dan ADUN Selat Kelang, 7 April 2008

 

 

Pandangan Tentang Pengganas Komunis

Pada zaman penjajahan Jepun, Chin Peng dan anak buahnya adalah antara kumpulan yang paling berani menentang Jepun. Adakah boleh ditolak peranan PKM menentang penjajah? Mereka ini duduk di tengah-tengah hutan, tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit untuk memerangi Jepun dan mencari kemerdekaan sebenar.2

– Pusat Penyelidikan PAS Pusat, 27 Ogos 2006

 

 

Pandangan Tentang Menghadiri Mass Di Gereja Roman Katolik

When I was in the UK before, it was something routine that we’d do.3

– Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, 11 Mei 2008

 

 

Pandangan Tentang Penyalahgunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Gereja

Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam.4

– Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, 1 Mac 2009

It’s not just my personal opinion but is consistent with the party’s view. Basically it shouldn’t be any problem. And I made it quite clear to the people in church that night.5

– Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, sambil merujuk kepada kunjungan beliau ke gereja Roman Catholic Church of Divine Mercy di Shah Alam

 

 

Pandangan Tentang Isu ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Bersekududukan Dengan Lelaki Beragama Islam

Apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong, PAS sangat bersimpati sama juga dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat.

Kita juga sangat mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan kita juga mengharapkan mereka dapat melakukan dalam keadaan mesra.6

– Dato’ Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor, 18 Februari 2009

 

 

Pandangan Tentang Vokalis Kumpulan Punk Rock Carburetor Dung Menayangkan Punggung Ketika Perhimpunan PROTES

Saya bukan pro band rock tu, tetapi kalau kita baca balik lirik lagu yang dinyanyikan oleh golongan itu ia mempunyai mesej yang tertentu kepada kerajaan.

Cuma yang silapnya dia buka seluar, sebelum ni pun kat konsert lain memang dia dah buat macam tu, tapi pada pendapat saya perkara itu boleh diperbetulkan.

Apa yang penting mesej rakyat tanpa mengira kedudukan mereka telah sampai kepada kerajaan.7

– Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS

 

 

 

1. “Tiga Exco Pas setuju,” Utusan Online, 8 April, 2008, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_11.htm

2. “Pensejarahan semula perjuangan kemerdekaan: Satu tuntutan keadilan,” HarakahDaily.Net, 27 Ogos, 2006, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3962&Itemid=50

3. “Dzulkefly may be the first Muslim MP at a Catholic Mass,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/5660?task=view

4. “Tidak salah guna perkataan Allah – Nik Aziz,” Utusan Malaysia Online, 2 Mac, 2009, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

5. “The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/5661-the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam

6. “Elizabeth Wong: PAS Selangor simpati, beri sokongan padu,” HarakahDaily.Net, 19 Februari, 2009, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19466&Itemid=5

7. “Kenaikan minyak bakal undang kegawatan ekonomi lebih dahsyat – Husam,” HarakahDaily.Net, http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=15685:kenaikan-minyak-bakal-undang-kegawatan-ekonomi-lebih-dahsyat-husam&catid=1:utama&Itemid=50

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s