Hadi Mahu Bersatu, Dewan Ulama Sokong, Nik Aziz Kata ‘Mengarut’
Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, menyatakan bahawa hasrat PAS untuk mewujudkan kerajaan perpaduan telah dimaklumkan kepada rakan-rakan PAS dalam pakatan pembangkang, iaitu PKR dan DAP.1
“Mereka menerimanya dengan baik,” katanya.1
Tambah Hadi, PKR dan DAP telah menerima hasrat tersebut secara positif kerana ia adalah demi kebaikan negara2:
‘‘Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menerima secara positif, bukan sahaja rakan pakatan pembangkang yang menyokong sepenuhnya termasuk UMNO yang sokong gagasan yang saya lontarkan itu untuk menyelesaikan masalah negara,” katanya.2
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor juga mengutarakan nada setuju dengan kenyataan Hadi itu:
Sekalipun kita menentang UMNO, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini.3
Walau bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz Nik Mat, dalam ceramah perdana sempena muktamar di Stadium Malawati, telah menolak sekeras-kerasnya gagasan Hadi apabila melabelkannya sebagai ‘mengarut’ sambil menambah bahawa ‘orang lain’ tidak tahu pengalaman beliau berhadapan dengan UMNO di Kelantan:
Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan UMNO di Kelantan.4
Menurut Nik Aziz lagi:
UMNO adalah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.4
Ucapan Nik Aziz ‘Disenyapkan’ Harakah
Ucapan Nik Aziz yang menghentam gagasan Hadi itu walau bagaimanapun tidak disiarkan oleh laman web lidah rasmi PAS, HarakahDaily.Net.
Namun begitu, ucapan-ucapan lain seperti:
1. Ucapan Dasar Presiden PAS: Islam Memimpin Perubahan;
2. Ucaptama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat;
3. Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
tetap disiarkan secara penuh oleh HarakahDaily.Net.
Ahmad Awang Canang ‘Rahsia’ Pemimpin PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang, mencanangkan bahawa seorang pemimpin PAS daripada peringkat pusat telah cuba meyakinkan parti tersebut untuk membentuk kerajaan negeri di Perak bersama-sama UMNO, beberapa hari selepas berakhirnya PRU ke-12 tahun lepas5:
Perak PAS commissioner Ahmad Awang said the national leader contacted him a few days after the party had agreed to form the state government with DAP and Parti Keadilan Rakyat.
“The leader called me and asked whether PAS could reconsider its decision and instead, form a coalition government with UMNO,” he said in his winding-up speech at the 55th muktamar yesterday.5
Ahmad Awang walau bagaimanapun enggan menamakan pemimpin PAS peringkat pusat berkenaan.
Menurut beliau lagi, pemimpin berkenaan juga menyatakan bahawa PAS harus mempertimbang tawaran UMNO secara serius kerana UMNO telah menawarkan jawatan menteri besar, speaker DUN dan beberapa jawatan Exco DUN.5
Proses Pengiraan Undi Luarbiasa Selama Hampir 7 Jam
Para petugas pemilihan PAS mengambil masa yang sangat lama, iaitu selama hampir 7 jam, untuk mengira hanya sebanyak 1,026 undi6 para perwakilan.
Proses pengundian tamat pada jam 6 petang, Jumaat 5 Jun.7 Namun begitu, proses pengiraan undi bermula pada jam 7.30 malam, sebelum dikatakan hanya berakhir pada jam 2.30 pagi, Sabtu 6 Jun.
Keputusan pemilihan hanya dapat diumumkan oleh pengerusi pemilihan, Dato’ Mustafa Ali pada kira-kira jam 10 pagi6, iaitu 16 jam selepas proses pengundian ditamatkan.
Sebelum keputusan diumumkan, beberapa media telahpun melaporkan ‘kemenangan’ Dato’ Husam Musa dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS:
Ada khabar dalaman PAS menyebut Husam mengatasi Nasharuddin, namun maklumat ini tidak dapat disahkan setakat ini.7
Datuk Paduka Husam Musa dipercayai menang tipis jawatan Timbalan Presiden PAS dalam persaingan tiga penjuru.
Berdasarkan maklumat keputusan tidak rasmi yang diperoleh setakat 9 pagi tadi, Naib Presiden PAS itu mendapat 543 undi sekaligus menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Nasharudin Mat Isa yang memperoleh 388 undi dan juga Mohamad Sabu yang hanya memperoleh 188 undi.
Husam menang dengan perbezaan 65 undi.8
Tempoh pengiraan undi yang luarbiasa lama ini, ditambah pula dengan kekalahan Husam yang sebelum itu dilapor telahpun menang (paling lewat pada pukul 9 pagi 6 Jun, hanya beberapa minit sebelum pengumuman rasmi keputusan pemilihan), telah mencetus spekulasi dalam laman web pro-PKR, Perak Express, yang mendesak pengerusi pemilihan, Dato’ Mustafa Ali untuk memberikan penjelasan. Perak Express juga melontarkan persoalan samada terdapat campurtangan tidak adil dalam pemilihan PAS kali ini:
Ada apa-apa yang berlaku dalam gelap lagi9
Kempen ‘Belanja Makan’, SMS Fitnah, Kata Kesat, Kecam Ulama
Laman web The Malaysian Insider telah menerbitkan rencana untuk melaporkan suasana ketika Muktamar ke-55 PAS yang dihadiri oleh para perwakilan daripada ‘puak-puak’ yang berbeza:
“Yang itu adalah kumpulan Husam. Sebelah sana pula adalah kumpulan yang menyokong Muhamad Sabu.” Demikian kata-kata seorang pimpinan Pemuda PAS kawasan sebaik sahaja kami hadir di majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda Pas di Taman Melewar malam tadi.
Dia menunjuk ke arah beberapa kumpulan yang sedang bersantai di salah sebuah restoren yang berhampiran dengan markas PAS Taman Melewar. Ketika itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sedang berucap untuk merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS yang dihadiri oleh perwakilan pemuda seluruh negara.
“Mereka satu jamaah. Tidak boleh duduk sekali ke,” soal kami melihat situasi ini yang disifatkan agak serius dan mengejutkan.10
Rencana itu juga mendedahkan betapa budaya ‘belanja makan’, penyebaran SMS yang mengandungi fitnah dan kata-kata kesat kini berleluasa ketika muktamar:
Bagaimanapun budaya PAS menggunakan wang sebagai sogokan tidak mungkin berlaku semasa hari berkempen. Cuma persamaan antara UMNO dan PAS adalah “belanja makan-makan” jika melihat daripada peristiwa yang berlaku semasa majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS ini.
Selain itu, beberapa rakan pimpinan PAS yang ditemui mengakui hakikat kempen yang berbaur fitnah dan kata-kata kesat telah berlaku di kalangan ahli PAS. Mereka telah menunjukan beberapa SMS yang mengandungi kata-kata kesat dan fitnah terhadap calon-calon yang bertanding terutamanya untuk jawatan timbalan presiden parti.10
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud Iraqi semasa merasmikan ucapan dasar Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, turut menegur golongan yang menuduh para ulama mahu ‘membolot’ jawatan parti:
Kita mendengar cakap yang kurang enak yang mengatakan ulama ingin membolot kepimpinan PAS, tidak mahu berkompromi dengan profesional dan bermacam-macam lagi. Di luar sana ada di kalangan ahli dan penyokong yang mempertikaikan keupayaan ulama dalam memimpin dan mentadbir,” katanya.11
Husam ‘Nasihat’ Timbalan Mursyidul Am, Haron Din
Calon Timbalan Presiden PAS, Dato’ Husam Musa dalam ucapan penggulungan beliau, telah ‘menasihat’ Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr. Haron Din untuk menjelaskan beberapa ungkapan di dalam salah satu kertas kerja yang dibentangkan dalam Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama12:
Menurut beliau, penjelasan itu perlu bagi meneutralkan tanggapan ahli PAS sekaligus merungkaikan kebenaran sebenar berikutan adanya sesetengah pihak yang telah ‘menyalahguna’ ungkapan yang disebut oleh Dato’ Dr. Haron Din itu.
“Malah, penyalahgunaan tersebut sehinggakan mengaitkan pihak-pihak tertentu,” tambahnya.12
Pada 23 Mei lepas, Haron Din yang telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden, telah menyampaikan ucapan kontroversi ‘musuh dalam selimut’ yang dikatakan disasarkan kepada golongan pro-PR dalam PAS, kononnya termasuklah Husam13:
Datuk Dr. Haron Din berkata musuh-musuh parti berpeluang menaikkan pemimpin tertentu melalui liputan meluas di media seperti yang terjadi menjelang muktamarnya, awal bulan depan.
“Faktor kemenangan dalam pemilihan parti ialah kekerapan liputan dalam akhbar seperti (organ rasmi) Harakah dan (mingguan politik) Siasah atau media-media lain.
“Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,” katanya di seminar sehari kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS di Gombak hari ini.13
Sebagai menjawab gesaan Husam agar menjelaskan ungkapan ‘musuh dalam selimut’ tersebut, Haron kemudiannya menyatakan dalam ucapan penggulungan beliau bahawa “tidak ada musuh dalam selimut dalam PAS”.14
Nasha ‘Nasihat’ Husam
Ketika disoal wartawan dalam satu sidang akhbar ketika muktamar mengenai pendirian Husam Musa untuk tetap tidak mahukan PAS berunding dengan UMNO, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah ‘menasihatkan’ Husam apabila menyatakan:
Dalam parti, ianya bukan ‘one man show‘ dalam PAS ini. Bukan seorang boleh buat satu decision.
Nasha Dihentam Di Malaysia Today
Laman web Malaysia Today telah menyiarkan ‘surat terbuka’ yang kandungannya mengkritik keras Timbalan Presidan PAS, Nasharuddin Mat Isa. ‘Surat’ berkenaan dikatakan dihantar oleh seorang ‘pemimpin pemuda PAS yang marah dari Melaka’ [An angry PAS youth leader (Malacca)].15
Walau bagaimanapun, apabila diteliti gaya penulisan ‘surat’ berkenaan, terdapat kemungkinan bahawa ‘surat’ itu sebenarnya bukanlah ditulis oleh seorang berbangsa Melayu, mahupun seseorang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Ini kerana pengarang ‘surat’ telah bertindak biadap apabila beberapa kali menggelar Nasharuddin menerusi nama bapa beliau: ‘Mat Isa’.
Pengarang ‘surat’ juga seakan-akan mengancam Nasharuddin dengan prospek kekalahan sambil menggelar Nasharuddin ‘kurang ajar’:
I can assure you that you will lose ignominiously if you continue with this kurang ajar culture in PAS.15
Selain itu, pengarang ‘surat’ meluahkan nada marah beliau apabila PAS ingin memperjuang bangsa Melayu:
4. Is PAS a pure Islamic party that represents Malays and non-Malay Muslims or a Malay party?15
Pengarang seterusnya telah mengungkit dan menyenaraikan ‘jasa’ Anwar Ibrahim kepada PAS dan mengingatkan PAS agar ‘membayar’ kembali ‘jasa’ beliau:
34. Do you believe that Anwar Ibrahim’s New Economic Agenda, the Lingam Tapes, his detailed NEP misuse information, his mistreatment at the hands of Umno, the 1998 episode, his charisma, his experience, his networks, his campaign for our members in different states and his ability to convince DAP leaders to stop attacking PAS and instead concentrate on Umno has been useful to PAS and enabled us to win in a number of places we couldn’t imagine? Remember, it was only Anwar and Raja Petra Kamaruddin who repeatedly said Umno will be routed prior to the elections while BN media practically lynched Anwar and asked “who is Anwar”?
35. If your answer is yes, how do we repay him?15
Nasharuddin kemudiannya diingatkan betapa Husam lebih ‘disukai’ oleh para perwakilan PAS:
Removing an incumbent was more traumatizing for us as PAS members than installing a new one. That is why Datuk Husam Musa was not elected. It is not that he is not liked. He is indeed. Far more liked than you.15
Akhirnya, Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS telah didesak agar berhenti mengadakan rundingan dengan UMNO:
From now on, we demand that you stop your unity talk nonsense and concentrate on PAS and PR.15
Guan Eng: Hadi ‘Tipu’, Perlu Jawab Kepada Tuhan
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang telah mendakwa bahawa Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah menipu apabila menyatakan bahawa soal kerajaan perpaduan telah dibincangkan dalam pakatan pembangkang, seterusnya menambah bahawa Hadi patut ‘menjawab kepada DAP dan juga kepada Tuhan’16:
“Being a religious man, saying something not true, he (Abdul Hadi) not only has to answer to DAP but also to God. I want to again and again repeat that DAP has never been informed about the matter, and we have never said we agreed to the concept.
“It is completely untrue. What unity government are they talking about?” 16
1. “Hadi Yakin Kerajaan Perpaduan Boleh Dilaksanakan,” Bernama.com, 5 Jun, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=416035
2. “Hadi mahu kerajaan perpaduan,” Utusan Online, 6 Jun, 2009, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0606&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
3. “Lawan Umno bukan kerana namanya Umno,” 4 Jun, 2009, http://muktamar55.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=144:lawan-umno-bukan-kerana-namanya-umno&catid=51:dewan-ulamak&Itemid=62
4. “Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tolak idea Hadi, anggap “karut”,” mStar Online, 7 Jun, 2009, http://www.mstar.com.my/umno2009/cerita.asp?file=/2009/6/7/mstar_pas_muktamar/20090607104412&sec=mstar_pas_muktamar
5. “‘Pas leader wanted a Perak govt with Umno’,” The New Straits Times Online, 8 Jun, 2009, http://www.nst.com.my/Monday/National/2576753/Article/index_html
6. “Nasharuddin kekal timbalan presiden,” Malaysiakini, 6 Jun, 2009, http://www.malaysiakini.com/news/105926
7. “Pengiraan undi hingga awal pagi,” Malaysiakini, 5 Jun, 2009, http://www.malaysiakini.com/news/105878
8. “Husam menang tipis Timbalan Presiden PAS,” mStar Online, 6 Jun, 2009, http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/6/mstar_berita/20090606023500&sec=mstar_berita
9. “Muktamar Pas: Terkejut?,” Perak Express, 6 Jun, 2009, http://perakexpress.com/www/?p=4162
10. “Budaya kempen Umno menular di dalam PAS?,” The Malaysian Insider, 4 Jun, 2009, http://www2.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/28546-budaya-kempen-umno-menular-di-dalam-pas-
11. “Ulama PAS minta jangan bermusuh dengan Umno,” The Malaysian Insider, 4 Jun, 2009, http://www2.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/28583-ulama-pas-minta-jangan-bermusuh-dengan-umno
12. “Mohon penjelasan, rungkai kebenaran,” 7 Jun, 2009, http://muktamar55.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=289:mohon-penjelasa-rungkaikan-salahguna-ungkapan&catid=37:muktamar-penuh&Itemid=65
13. “Waspada ‘musuh dalam selimut’ PAS,” Malaysiakini, 23 Mei, 2009, http://www.malaysiakini.com/news/104981
14. “Tiada musuh dalam selimut PAS,” 7 Jun, 2009, http://muktamar55.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=287:tidak-ada-musuh-dalam-selimut-dalam-pas&catid=37:muktamar-penuh&Itemid=65
15. “An open letter to PAS Deputy President Nasharuddin Mat Isa,” Malaysia Today, 8 Jun, 2009, http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/
16. “Explain stand on unity govt, DAP tells PAS,” The Star Online, 8 Jun, 2009, http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/8/nation/20090608201937&sec=nation
Salam Andak,
Rujuk link di bawah:
http://engagemalaysia.wordpress.com/2009/06/07/taxidriverstrikeback-three-wordpress-blogs-with-1500-well-researched-articles-gone-c4ed-by-the-barisan-government/
Aktivis PR menghentam Hadi & Nasha dgn begitu teruk. Tapi PAS masih tidak nampak mereka diperkuda demi mencapai agenda DAP & PKR.
Waalaikumussalam warahmatullah,
Terima kasih kerana link tersebut, Kembara Politik.
Nampaknya, masih ramai daripada kalangan pengikut Parti Islam yang lebih suka bermusuh daripada bersahabat.