Kunjungan EU Terhadap Nik Aziz: Pembohongan Aib Harakah

Setelah terang-terangan menipu apabila melabelkan anugerah Gusi sebagai ‘Anugerah Nobel Keamanan versi Asia’1, kini Harakah menipu lagi apabila menyatakan bahawa Presiden EU mengunjungi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz.

Sila baca artikel ini daripada lidah PAS, Harakah:

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz
Mohd Nor Yahya
Thu | Dec 11, 08 | 7:55:24 am MYT

KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) –Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

“Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong UMNO kalau UMNO itu betul gak,”ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

“Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,”katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini, namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

“Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,”ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.2

Seperti yang telah diketahui ramai:

1. Marc Barety bukanlah Presiden Kesatuan Eropah (EU).

2. Kesatuan Eropah tidakpun mempunyai Presiden.

3. Kesatuan Eropah diterajui oleh European Council.

4. European Council terdiri daripada ketua-ketua negara dan seorang President of the Commission.

5. President of the Commission bukanlah Marc Barety, tetapi Jose Manuel Barroso.

6. European Council diketuai oleh Presiden European Council yang dilantik secara bergilir-gilir sekali setiap tempoh 6 bulan.

7. Presiden European Council kini bukanlah Marc Barety, tetapi Nicolas Sarkozy.

8. Marc Barety ialah Duta Besar Perancis ke Malaysia.

Di dalam laman web Kedutaan Perancis, highlight daripada kunjungan tersebut ialah lawatan ke sempadan Thailand, yang mana rombongan mendapat faedah hasil perbincangan dengan para pegawai kastam:

Ce déplacement leur a également offert l’occasion de se rendre à la frontière séparant le Kelantan de la Thaïlande, où ils ont bénéficié d’un exposé du responsable des douanes.3

Laman web Kedutaan Perancis seterusnya menerbitkan recommendation kepada rakyat Perancis untuk tidak melawat Thailand kerana kesukaran untuk mendapatkan akses ke lapangan terbang di Bangkok:

Recommandations aux touristes sur la Thaïlande
En raison de l’impossibilité d’accès aux aéroports de Bangkok qui rend extrêmement difficile le retour vers la France, il est formellement déconseillé de se rendre actuellement en Thaïlande.3

Dua lapangan terbang di Thailand, Suvarnabhumi dan Don Muang, ditawan oleh penunjuk perasaan 'baju kuning' dari People's Alliance for Democracy (PAD). Situasi ini mendesak Duta Besar Perancis ke Malaysia untuk mengatur jalan keluar alternatif dari Thailand bagi rakyat Perancis. Kesukaran mereka malangnya dijaja oleh Harakah sebagai kunjungan Presiden EU. (Gambar news.xinhuanet.com)

Kunjungan ke sempadan ini dijaja oleh Harakah sebagai tanda ‘Presiden Kesatuan Eropah’ mengkagumi kepimpinan Nik Aziz. Sama seperti Harakah menjaja anugerah Gusi, yang turut dimenangi oleh pelompat bungee, sebagai ‘Anugerah Nobel Keamanan versi Asia’.


1. “Mursyidul Am PAS akan terima Anugerah Nobel Keamanan versi Asia,” HarakahDaily.Net, 25 Julai, 2008, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15998&Itemid=50

2. “Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz,” HarakahDaily.Net, 11 Disember, 2008, http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018279&Itemid=85

3. http://www.ambafrance-my.org/spip.php?article1232

2 thoughts on “Kunjungan EU Terhadap Nik Aziz: Pembohongan Aib Harakah

  1. bagus la kalian bongkarkan hal sebenar.. sy menyokong penuh tulisan ini. sbnrnyebyk lagi penipuan yang telah dirancang oleh nik aziz ni. terutama sekali penipuan dalam agama dan politik di kelantan ni. bkn stkt nik aziz je, tp kebanyakan org bwhn nik aziz pn sm jg. nm dan pakaian je ust tp perangai tk mencerminkan golongn tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s