Jangan Hudud Dikejar Tak Dapat, Perlembagaan Dikendong Berciciran

Melayu mudah lupa bahawa mereka tidaklah seramai mana. Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Melayu termasuk dalam 67.4% populasi Bumiputera, namun tidak semua Bumiputera itu Melayu yang beragama Islam. Sejumlah besar daripada etnik Bumiputera Kadazan di Sabah dan Iban di Sarawak misalnya adalah beragama Kristian. Jumlah sebenar populasi Melayu hanyalah 50.1% daripada penduduk Malaysia. Malah di Sabah dan Sarawak, populasi Melayu adalah lebih kecil daripada populasi Cina. Orang Melayu perlu sedar betapa hakikat bahawa ketua menteri di kedua-dua negeri tersebut masih lagi individu-individu yang beragama Islam merupakan suatu ‘keajaiban’ kecil.

tanpabumi

Jumlah orang Melayu, tanpa mengira etnik Bumiputera lain seperti Kadazan dan Iban, hanyalah 50.1% daripada penduduk Malaysia. Rajah daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Berapa ramai orang Islam di Malaysia? Jabatan Perangkaan meletakkan peratusan penduduk Islam di Malaysia pada 61.3%, sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara ‘majmuk bermajoriti kecil Muslim’. Populasi penganut agama lain seperti Kristian daripada etnik Tamil dan Hakka kebanyakannya datang sebagai pekerja pada zaman penjajahan British. Kini ramai di kalangan mereka seperti Ngeh Koo Ham, Teresa Kok dan Hannah Yeoh bukan sahaja bebas mengamalkan agama malah telah menjadi pemimpin dalam kerajaan. Apakah lagi bekas jajahan British yang majmuk dan bermajoriti kecil Muslim selain Malaysia? Nigeria, Brunei dan tidak lain dan tidak bukan: Palestin.

kok

Aktivis Gereja seperti Teresa Kok, selain Hannah Yeoh dan Ngeh Koo Ham, bukan sahaja bebas mengamalkan agama di Malaysia malah telah menjadi pemimpin dalam kerajaan.

Daripada keempat-empat negara ini, hanya dua negara yang memiliki perlembagaan yang memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi, iaitu Malaysia dan Brunei: kedua-duanya kerajaan bangsa Melayu. Tiada negara ‘majmuk bermajoriti kecil Muslim’ lain dalam dunia yang menjulang Islam dalam perlembagaan sepertimana kedua-dua kerajaan bangsa Melayu ini. Contohnya di wilayah bangsa Arab – Palestin – bekas jajahan British yang pernah ditadbir oleh Sir Henry Gurney (1946-48) sebelum diarah berkhidmat di Malaya (1948-1951), bukan sahaja perlembagaan tiada, malah orang Islam tiada kuasa dan merempat di tanahair sendiri. Tidak perlulah kita membandingkan dengan negara seperti Mesir dan Pakistan yang memiliki lebih daripada 94% penduduk Islam. Indonesia yang memiliki populasi Islam terbesar di dunia dan Syria serta Turki yang memiliki lebih daripada 92% penduduk Islam pun tidak menamakan Islam sebagai agama rasmi.

Sir Henry Gurney telah mentadbir Palestin (1946-48) sebelum diarah berkhidmat di Malaya (1948-1951). Bagaimanakah keadaan kedua-dua bekas wilayah jajahan British bermajoriti Islam tersebut pada masa kini?

Sir Henry Gurney telah mentadbir Palestin (1946-48) sebelum diarah berkhidmat di Malaya (1948-1951). Bagaimanakah keadaan kedua-dua bekas wilayah jajahan British bermajoriti Islam tersebut pada masa kini?

Pakar perlembagaan Profesor Dr. Shad Saleem Faruqi berpendapat, sebaik sahaja Islam disebut sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan, maka implikasinya ialah negara Malaysia sudah tidak boleh dianggap sebagai sebuah “negara sekular penuh”. Tiada mana-mana kerajaan sekular dalam dunia yang ada menamakan agama rasmi di dalam perlembagaan mereka. Tindakan kerajaan Malaysia mengisytiharkan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam perlembagaannya bermakna ia tidak perlu menjadi neutral di dalam hal keagamaan, dan sokongan penuh kerajaan terhadap Islam adalah diizinkan oleh undang-undang tertinggi negara.

Oleh sebab itulah wang pungutan cukai negara boleh digunakan untuk membina masjid, institusi Islam seperti pusat zakat, sekolah agama, Universiti Islam Antarabangsa, Lembaga Tabung Haji, IKIM dan sebagainya. Wang cukai juga digunakan untuk menghantar pelajar-pelajar mengikuti pengajian Islam di luar negara, mahkamah syariah ditubuhkan, institusi kewangan Islam dipupuk dan amalan Islam seperti azan serta khutbah disebarkan secara meluas melalui media massa.

Menara Pusat Islam. Bagaimanakah kerajaan Malaysia yang didakwa sekular dan tidak menyebelahi mana-mana kepercayaan, boleh menggunakan wang pungutan cukai untuk syiar Islam?

Menara Pusat Islam. Bagaimanakah kerajaan Malaysia yang didakwa sekular dan tidak menyebelahi mana-mana agama, boleh menggunakan wang pungutan cukai untuk membantu agama Islam?

Mungkin oleh kerana sudah berpuluh tahun dibiasakan dengan suasana dukungan Islam sebegini, anak-anak muda sekarang tidak perasan bahawa tiada gereja yang dibina dengan wang cukai dan tiada ceramah Kristian yang disiarkan di televisyen. Ini adalah petanda besar bahawa kerajaan Malaysia tidak bersikap neutral dalam menyokong agama Islam.

tv

jadual

Jadual siaran ‘khotbah’ pendeta Kristian di televisyen. Ini merupakan satu kebiasaan di negara berkerajaan bebas seperti Indonesia. Menurut kempen Save Maryam anjuran Mercy Mission World, kira-kira 2 juta orang Islam menjadi murtad di Indonesia pada setiap tahun.

Oleh kerana itu juga, maka segelintir golongan daripada generasi Muslim sekarang mahukan sesuatu yang lebih: iaitu hudud. Ia merupakan cita-cita yang tinggi namun golongan ini juga perlu mengakui hakikat betapa tiada negara ‘majmuk bermajoriti kecil Muslim’ di dunia yang berjaya melaksanakan hudud di peringkat kebangsaan. Kerajaan PAS Kedah sendiri tidak berjaya membuat sebarang enakmen jenayah syariah di peringkat negeri. Jadi bagaimana mereka boleh berbicara tentang pindaan perlembagaan di peringkat persekutuan untuk membenarkan hudud sedangkan mereka sedang bersekongkol dengan DAP yang bermati-matian menentangnya?

Ramai pemimpin PAS yang telah menyedari bahawa bercakap tentang hudud adalah jauh lebih senang berbanding melaksanakannya di negara ‘majmuk bermajoriti kecil Muslim’ ini. Oleh sebab itulah hudud tidak disebut langsung di dalam pelan utama ‘Buku Jingga’, dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyatakan bahawa sekiranya PAS sendiri “mempunyai suara mutlak… mendapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukanlah hudud.”1

jingle

Buku Jingga – tiada ruang untuk hudud.

Walaupun para pemimpin PAS menyedari perlaksanaan hudud adalah mustahil melainkan mereka mendapat kerjasama ahli Parlimen bukan Islam, mereka membiarkan sahaja ahli-ahli bawahan untuk membina angan-angan hudud kerana itulah modal undi PAS. Malah ahli-ahli PAS telah dipupuk untuk memerangi ahli-ahli Parlimen Muslim daripada parti lawan. Apa yang pelik, semua ini dilakukan tatkala mereka bersekongkol dengan pihak yang menentang bukan sahaja hudud, malah menentang kedudukan Islam di dalam Perlembagaan itu sendiri.

Adakah ahli-ahli PAS sedar bahawa jika Pakatan Rakyat menang PRU-13, bukan sahaja mereka tidak akan dapat melaksanakan hudud, malah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang diperjuangkan selama ini oleh lawan mereka akan terancam?

Parti bukan Islam sudah nampak perkara ini tidak mustahil kerana orang Melayu hanyalah 50.1% daripada jumlah penduduk Malaysia. Apa akan jadi sekiranya 49.9% yang lain, termasuk Bumiputera bukan Islam, disatukan untuk menentang Melayu?

Adakah cabaran terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan ini merupakan cereka yang diada-adakan? Semua pihak boleh menilai sama ada cabaran ini wujud dengan melihat betapa bermula pada 2007 melalui kes Lina Joy lwn MAIWP, terdapat usaha untuk memisahkan elemen Melayu dengan Islam. Kemudian hanya tiga bulan selepas penghakiman tersebut, tiba-tiba timbul pula rakaman video yang sudah 5 tahun dipendam dalam kes V.K. Lingam. Akibatnya, Ketua Hakim Negara yang menyampaikan penghakiman menyebelahi MAIWP iaitu Tun Ahmad Fairuz telah diarah ‘bersara wajib’.

Genap sebulan setengah selepas tsunami politik Mac 2008, Archbishop Murphy Pakiam pula muncul untuk memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald – The Catholic Weekly. Enam bulan kemudian ahli Parlimen DAP, Teresa Kok ditahan ISA kerana isu petisyen azan di Puchong. Nampaknya bukan sahaja aktivis radikal Islam sahaja yang menyimpan cita-cita tinggi, malah aktivis daripada agama lain juga mahukan sesuatu yang lebih.

Di manakah golongan yang memperjuangkan hudud apabila kedudukan Islam di dalam perlembagaan diserang di mahkamah oleh rakan mereka sendiri? Dalam isu kalimah Allah, ahli Parlimen PAS Khalid Samad, telah berkunjung ke gereja Roman Catholic Church of Divine Mercy sambil berkata “Ia bukan sahaja pendapat peribadi saya tetapi konsisten dengan pandangan parti. Pada dasarnya ia sepatutnya tiada apa-apa masalah.”2 Wakil-wakil rakyat PAS kelihatan bagai jaguh di masjid tetapi nampak dibuli di dewan legislatif: lihat sahaja dalam isu ladang ternakan babi mega, bagaimana ADUN PAS, Dr. Halimah Ali bersahaja menyatakan babi “tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak.”3

Apa lagi sisa harapan yang boleh disandarkan kepada golongan ini untuk memperjuangkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidakkah mereka melihat bagaimana parti pujaan mereka: Ikhwan Muslimin, telah meminda perlembagaan pada 2012 namun tidakpun melaksanakan hudud di Mesir: bekas jajahan British dengan 94.7% penduduk Islam? Tidakkah mereka melihat Palestin, bekas jajahan British yang bukan sahaja tidak melaksanakan hudud, malah dijajah oleh pendatang Yahudi dan anak-anak mereka dibunuh? Janganlah Melayu lupa pepatah sehingga hudud yang dikejar tak dapat, perlembagaan yang dikendong berciciran.

Pada tahun 2011 penduduk Mesir berdemonstrasi menyebelahi parti Ikhwan Muslimin. Pada tahun 2012 penduduk Mesir berdemonstrasi menentang parti Ikhwan Muslimin. Apa lagi tujuan demonstrasi selepas ini?

Pada tahun 2011 penduduk Mesir berdemonstrasi menyebelahi parti Ikhwan Muslimin. Pada tahun 2012 penduduk Mesir berdemonstrasi menentang parti Ikhwan Muslimin. Apa lagi tujuan demonstrasi selepas ini?

1. “Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen,” The Malaysian Insider, 26 Januari, 2011, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-bukan-perkara-pertama-pas-jika-kuasai-majoriti-parlimen

2. “The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam,” The Malaysian Insider, 5 April, 2008, http://www.themalaysianinsider.com/litee/print/malaysia/The-day-Catholics-welcomed-a-man-from-PAS-in-Shah-Alam/

3. “Projek Ternak Babi Telah Diluluskan Oleh Exco Khir Toyo,” N45 Dr Halimah Ali, 8 April, 2008, http://drhalimahali.blogspot.com/2008/04/projek-ternak-babi-telah-diluluskan.html

4 thoughts on “Jangan Hudud Dikejar Tak Dapat, Perlembagaan Dikendong Berciciran

  1. Hudud hanya apply untuk orang Islam. Hukuman itu dijatuhkan pada orang Islam. Yang non-muslim itu kenapa kita nak ambil kisah pula?

    • Ya, itu benar bagi kata-kata pimpinan PAS, tetapi adakah ianya benar dalam Islam?

      Adakah saudara masih mengingat tentang perlaksanaan hudud di zaman Nabi dan Para Sahabat? Benarkah ketika itu tiada non muslim?

      Setiap kafir zimmi, muahad, mu’taman dikenakan juga hukum hudud ketika itu.Janganlah cuba menafikan.ok.

  2. An-Nisā’:61 – Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
    Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
    Boleh buat atau tidak, kita sebagai muslim wajib sokong. Tidak kira apa fahaman politik anda. Baik umno, pas, pkr waima dap sekalipun jika ada yg muslim. Jgn takut dgn ugutan org2 kafir/british/us/pbb. Dunia hanya sementara.. insyaAllah, Allah akn bagi kemenangan pada islam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s