Mana-mana pihakpun yang sanggup menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai ‘alat’ untuk meraih political mileage dan publisiti adalah makhluk yang keji lagi terkutuk. Tiada individu, yang memiliki walau secebis kepercayaan kepada Tuhan, tergamak menjaja nama Tuhannya sebagai barang dagangan: walau apapun agama yang dianutinya.
Dalam suasana kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap penyalahgunaan kalimah ‘Allah’, adalah sudah terang lagi bersuluh siapakah yang telah menjadikan kalimah ‘Allah’ sebagai barang yang boleh ‘dijual beli’. Namun begitu, biar secerdik mana akal yang dianugerahkan, ia mampu ditundukkan oleh nafsu jahat seorang manusia.
Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, sanggup memejam sebelah mata terhadap tindak-tanduk rakan sealiran beliau dalam pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim, semata-mata untuk membuat tuduhan jahat terhadap badan kehakiman negara dan melemparkan fitnah bahawa isu kalimah ‘Allah’ hanyalah sekadar permainan politik UMNO semata-mata:
“Bukankah Ketua Hakim Negara adalah ahli Umno yang boleh pastikan hakim yang berjiwa Islam untuk mengendalikan kes ini…saya percaya apabila isu ini sudah cukup panas, Umno secara tidak langsung akan dilihat (sebagai) juara.
“Rayuan akan dibuat (oleh) Umno (lalu) mahkamah yang bersidang dijangka membatalkan keputusan mahkamah tinggi… Umno pun akan dabik dada (mengatakan bahawa) dialah yang mampu pertahankan Islam,” katanya.1
Apa jenis faedahkah yang Mahfuz ingin capai dengan cara ‘menangguk di air yang keruh’ ketika isu sebegini penting dibicarakan? Apakah begitu parah sekali nafsu Mahfuz untuk dilihat sebagai juara keadilan sejagat sehingga langsung merencatkan akal beliau untuk menilai persoalan-persoalan berikut:
1. Siapakah yang menjemput Archbishop of Kuala Lumpur beraya di rumahnya sebelum PRU ke-12? UMNO?
2. Siapakah yang menjemput Anwar Ibrahim untuk menghadiri Rumah Terbuka Krismas anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) sebelum PRU ke-12? UMNO?
3. Siapakah yang dijemput untuk ditemuduga oleh 200 paderi dan aktivis Kristian dalam satu dialog tertutup anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) sempena PRU ke-12? UMNO?
4. Parti manakah yang mendapat sokongan rasmi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) ketika PRU ke-12? UMNO?
5. Siapakah yang menziarahi gereja St. Paul The Hermit di Ijok selepas PRU ke-12? UMNO?
6. Siapakah yang menziarahi gereja Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam selepas PRU ke-12? UMNO?
7. Siapa yang meraih faedah daripada publisiti negatif terhadap Malaysia oleh media antarabangsa seperti BBC, USA Today, International Herald Tribune, Reuters, Al Jazeera, serta media Kristian seperti The Christian Post, Christian Today, Christianity Today, Christian Telegraph dan Christian News Today?
UMNO juga?
1. “Nama Allah: Umno didakwa cuba membeli masa,” HarakahDaily.Net, 4 Januari, 2009, http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23994:nama-allah-umno-didakwa-cuba-membeli-masa&catid=1:utama&Itemid=50
saya semakin meluat dan muak membaca artikel dari saitan…