DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEDUA BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KETIGA
Khamis, 20 Oktober 2011
2.32 petang
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Kedua. Sekejap sahaja, satu lagi. Saya hendak sebut contoh yang saya rasa sangat berat. Antaranya dalam ini ada pelantikan hakim-hakim. Hakim bukan Islam pun boleh jadi hakim dalam enakmen hudud mereka. Selepas itu berkenaan dengan qazaf, empat saksi. Kalau empat saksi beri keterangan betul ada berlaku zina apa semua, boleh dihukum. Akan tetapi kalau tiba-tiba salah seorang saksi itu tarik diri, yang tiga orang tadi itu akan dihukum pula. Bukankah tidak adil namanya itu? Adakah dalam hukum? Akan tetapi yang paling saya terperanjat ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam. Yang saya hendak tunjuknya, ini bukan datang daripada yang dikatakan syariat Islam. Contohnya berkaitan dengan liwat. Disebut di dalam ini liwat – seksyen 14. Saya ada enakmen yang belum digazet dan ini enakmen yang digazet. Dalam ini disebut, seksyen 14 – liwat. Tafsiran liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki – kita fahamlah itu, yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
Maknanya liwat sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan main ikut pintu belakang. Apa yang saya terperanjat, dia kata selain daripada isterinya, makna kata kalau seorang lelaki, suami main dubur isteri dia itu tidak liwat dalam ‘hudud PAS’ ini.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Apa ini Yang Berhormat Ampang?
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Jadi adakah…
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Bagaimana ini Yang Berhormat Ampang?
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Adakah ini hudud? Orang kata, kalau ikut ayat Yang Berhormat Pokok Sena, main punggung bini tidak mengapa. Tidakkanlah main belakang isteri tidak jadi liwat?
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Jawab Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Kenapa duduk diam sahaja Rantau Panjang?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat, sebab apakah Yang Berhormat sedar di mana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 hudud PAS tidak digubal oleh pakar-pakar ulama ataupun mustaid. Ia jelas oleh perakuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan yang disiar dalam Harakah terbitan 29 November 1993. Ia mengaku Enakmen Hudud PAS digubal oleh pakar-pakar undang-undang yang berijazah undang-undang sekular. Ini, dia mengaku.
Sehubung dengan itu, memang Yang Berhormat telah menjelaskan tadi Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan bercanggah dengan hukum hudud Allah sebab apakah Yang Berhormat sedar di mana banyak perkara yang perlu diperbetulkan yang sesuai dengan al-Quran, hadis-hadis, pendapat juga ulama dan mazhab Imam Syafii kerana di antaranya diperjelaskan tidak terdapat dalam elemen tersebut contoh 21 mengikut fasal 10(1) enakmen PAS watissubahah sahaja yang dikecualikan daripada zina. Manakala rogol, zina paksa tidak dikecualikan. Apakah wanita yang mengaku dirogol boleh dihukum hudud sedangkan ia dipaksa berzina?
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Itu maksud saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan Enakmen Hudud Hisab dan Ta’zir PAS ini ia bukannya daripada undang-undang Islam yang sebenarnya. Mana ada undang-undang Islam kata mukalaf mesti 18 tahun, clear yang itu. Ia membenarkan liwat isteri bukan liwat? Ini bercanggah sama sekali dengan Islam. Tidak tahulah saya kalau fahaman ini dibawa oleh rakan-rakan dalam PAS boleh main belakang isteri. Itu tidak liwat.
Jadi, apa yang saya hendak tunjukkan bahawa yang PAS sebut sebagai Enakmen Hudud ini pun bukan hudud yang dibawa oleh Rasulullah. Mereka reka sendiri dan yang paling saya takut ialah kenyataan seorang sahabat saya. Sekejap ya Yang Berhormat Kubang Kerian. Apa yang saya paling takut, seorang tokoh politik PAS yang agak veteran. Dia kata, “sebenarnya Syeikh memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak”. Saya check balik dan apabila saya check semula rupanya betul. Pejabat mantan Tun Dr. Mahathir dahulu beritahu, memang Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu tolak kerana ini bukan hudud Islam, ini hudud PAS. Ia ada percanggahan jelas. Isteri dibenarkan boleh diliwat, mukalafnya 18 tahun, dan banyak lagilah sebenarnya. Jadi ia ditolak kemudian dispin bahawa Tun Dr. Mahathir tolak hudud. Apa yang Tun Dr Mahathir maksudkan dia tolak inilah. Ini yang jadi masalah.
Apa yang kita hendak disebutkan Tuan Yang di-Pertua, PAS bolehkah hendak bercakap tentang hudud dalam keadaan antara perkara yang paling kritikal yang perlu dipelihara dan dijaga ialah soal akidah. Saya tanya soalan kepada Jabatan Perdana Menteri tentang fahaman pluralisme yang pernah saya bangkitkan dalam bahas lepas. Sebentar sahaja Yang Berhormat Kubang Kerian. Adakah fahaman Yang Berhormat Permatang Pauh tentang pluralisme ini sesat tau tidak? Jawapan jelas diberi bahawa ungkapan Yang Berhormat Permatang Pauh di dalam ucapan di London School of Economic berkenaan dengan pluralisme jelas mempunyai ciri-ciri fahaman pluralisme yang difatwakan sebagai sesat, yang difatwakan oleh Sahibus Samahah mufti Perak sebagai fahaman yang boleh merosakkan akidah dan boleh membawa kepada murtad. Ini soal akidah.
Jadi, tidak adakah kawan-kawan dalam PAS hendak pergi jumpa Yang Berhormat Permatang Pauh beritahu, saya sudah hantar surat. Saya beritahu saya sudah hantar surat kepada pejabat Ketua Pembangkang. Kita tidak mahu panjangkan perkara ini tetapi saya minta di bertaubatlah dan baliklah ke pangkal jalan dan balik kepada akidah Islam yang sebenarnya. Saya minta supaya sahabat-sahabat PAS pergi jumpa dia kata “benarkah anta ini berfahaman begini? Kalau betul, anta perlu bertaubat”. Ini kerana fatwa jelas bahawa fahaman pluralisme menyamakan semua agama adalah salah. Sebentar Yang Berhormat Kubang Kerian, ya.
Kemudian, adakah dalam soal hudud ini kita lihat bagaimana apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat respons menyatakan bahawa hukum hudud ini kita akui hukum Allah, cuma realiti masa-masa tidak membolehkan kita laksanakan. Oh! Kita lihat respons sampai ke taghut dan sampai ada ke kafir kan Yang Berhormat Perdana Menteri kerana tolak hudud. Akan tetapi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, ulama PAS, dia kata apa? “PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Ini kerana realitinya, PAS berkongsi kuasa parti cauvinis DAP ini dan PKR”.
Apa beza kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ia sama tetapi apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sebut seperti itu, oh! Dia kata, “syeikh, ini siasah syariah” Eh, bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cakap, kamu kata kafir yang ini kamu kata siasah syariah. Bendanya sama, malahan ada di antara mereka kata, PAS tidak boleh laksanakan hudud tanpa persetujuan parti cauvinis DAP ini dan PKR. Kalau yang bercakap itu UMNO lama kena kafir tetapi sebab yang cakap itu mereka, siasah syariah. maqasid syariah. Jadi pokok pangkalnya, ini isu yang penting kepada umat Islam.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jawablah Yang Berhormat Balik Pulau. [Ketawa]
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya dalam usul – Saya di sini Tuan Yang di-Pertua, saya tabik Yang Berhormat Bukit Gelugor sebab konsisten. Dia hentam hudud ini cukup konsisten. Dia kata “Over my dead body.”
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Baling sampai, Yang Berhormat Baling.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Cuma yang tidak konsistennya dalam bab dengan Yang Berhormat Permatang Pauh, bukan? Tahun 1997 dia kata Yang Berhormat Permatang Pauh kaki liwat sekarang dia yang jadi peguam bela. Itu yang tidak konsisten dan tidak tahu kenapa. Namun, dalam isu hudud dia cukup konsisten sehinggakan ada kalangan kawan kita dalam PAS sekarang sudah terbalik pula sanggup mati untuk Yang Berhormat Bukit Gelugor pula.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini yang jadi terbalik. Apa yang penting…
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Ampang, apa sudah jadi Yang Berhormat Ampang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Kubang Kerian, tidak mengapa kawan saya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, tadi isu dikatakan Hudud PAS itu sebab isu mukalaf, isu 15 tahun. Saya rasa dalam al-Quran pun disebut mumaiyiz atau pun mukalaf ini ia adalah memang perempuan bagi yang sampai haid dan lelaki bagi yang bermimpi. Akan tetapi dalam al-Quran pun tidak sebut umur. Jadi ini terpulang kepada empat mazhab, empat imam besar yang telah menentukan, mungkin bagi orang Arab timur tengah tahap mumaiyiznya itu mungkin ada sampai 18 tahun, mungkin Melayu 15 tahun.
Jadi apa yang dirujuk adalah tahap kematangan untuk dijatuhkan hukuman itu. Itu terpulang kepada kebijaksanaan hakim-hakim dalam Islam. Jadi tidaklah maknanya kita meletakkan umur yang bertepatan dengan pendapat-pendapat empat mazhab itu dikatakan undang-undang itu adalah merupakan undang-undang yang terkeluar daripada hukum Islam. Jadi itu memerlukan suatu yang bergantung pada waqie kepada keadaan setempat yang demikian juga tentang liwat. Ada beza liwat dengan orang yang bukan isteri yang liwat pada isteri. Ada ta’zir di situ. Jadi kita harus faham. Jadi jangan kita baca satu kitab sahaja, ada empat kitab dan empat imam.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Okey, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Itu harus kita perjelaskan.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekarang ini, liwat…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat boleh mencelah, tolong Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: …Liwat dimasukkan sebagai hudud. Jadi ada bezakah liwat isteri dengan liwat orang lain? Saya ingat tak ada beza.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bolehkah liwat isteri sendiri?
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Kalau ikut hudud PAS bolehlah.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Oh, hudud PAS boleh?
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Boleh.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ha itu aniaya.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya…
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Yang Berhormat Kinabatangan, you..,. ini mistake, you tak boleh tuduh macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat ya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Tak ada dalam hudud PAS, tak ada. Boleh liwat isteri? Tak boleh! Mana-mana agama pun Tuan Yang di-Pertua tak boleh. Manamana agama, meliwat isteri tak boleh. Jadi saya minta tarik balik.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya ingat…, saya pegang kepada kenyataan saya.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Tidak ada. Dalam Kanun Jenayah Syariah (II) tidak ada. Tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Saya guna Peraturan Mesyuarat 36(6), 26(1)(p).
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Peraturan Mesyuarat 36 mana satu…, on Yang Berhormat Kinabatangan?
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Kedua-dua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tak tahu Yang Berhormat pasal saya mendengar ucapan sekarang ini.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Dia menyebut itu hudud PAS – meliwat isteri boleh! Itu hudud PAS. Tengok Hansard.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya…
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Saya minta satu ruling Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Ini 26(1)(p).
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya pegang kepada ucapan saya. Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang dibuat oleh PAS.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Ya, you sebut hudud PAS – membenarkan liwat isteri? Itu tak betul.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini saya bacalah ini…
[Dewan riuh]
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Peraturan 26…
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya bacalah ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Baik, benarkan saya baca ini. Saya baca balik, saya baca balik.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Saya nak gunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p). Jadi saya nak merujuk Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat Kinabatangan kepada Committee of Privileges kerana mereka mengatakan, meliwat isteri itu hudud PAS.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya baca balik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Kita check Hansard, kita check Hansard. Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya baca balik.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Ataupun jangan ulang lagi sekali.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya baca balik.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sebentar. Ini ada usul 26(1)(p) untuk merujuk kedua-dua Yang Berhormat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, over that statement yang mengatakan ada dalam Enakmen Hudud PAS. Saya tengah mendengar ucapan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu daripada tadi Yang Berhormat. Ya, saya tahu tetapi dia membaca dokumen yang mengatakan itu adalah enakmen. So saya dalam keadaan yang serba salah, saya serba salah Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, itu dalam dokumen memang tidak ada, tetapi ucapan tadi saya minta. Untuk keadilan kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Tuan Yang di-Pertua boleh tengok Hansard, tetapi saya menggunakan peraturan itu untuk kita tengok Hansard. Jangan tuduh itu hudud PAS. Itu tak betul!
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Nampak, dia ulang lagi. Dia ulang lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, ya saya…
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Bagilah saya baca. Saya nak baca tadi tak mahu dengar.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Jadi check Hansard. Jadi meliwat…
[Dewan riuh]
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Bagilah Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu baca dulu.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Meliwat isteri itu bukan hudud PAS.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Kubang Kerian, bagi saya baca dulu.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Mengizinkan liwat isteri itu bukan dalam hudud PAS, dalam mana-mana agama pun tak boleh.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini hudud PASlah ini. Dokumen, dokumen. Dokumen yang dipegang ini PAS. Saya baca balik.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta ruling. Saya minta dia dirujuk.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bagi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu baca dulu.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya baca balik. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu, yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semasa PAS memerintah. Inilah, inilah yang disebut banyak kali sebagai hudud PAS.

Kulim Bandar Baharu – Bebas: “Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu, yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semasa PAS memerintah. Inilah, inilah yang disebut banyak kali sebagai hudud PAS.”
Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Sah dan sahih.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini dokumen saya nak baca hudud PAS Terengganu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar, sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya baca seksyen 14, dia sebut, “Liwat ialah satu kesalahan, merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan dilakukan di luar tabii melalui dubur selain daripada isterinya”.
[Dewan riuh]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu saya tanya.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, sebentar, sebentar Yang Berhormat Kuala Selangor, duduk dulu.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Boleh saya tanya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ini ada standing order. Standing order yang dibawa oleh Yang Berhormat Kubang Kerian yang belum diputuskan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof [Balik Pulau]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Balik Pulau, duduk Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya belum habis lagi. Saya baca enakmen yang dibuat oleh PAS.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik, baik Yang Berhormat. Saya tidak ada privilege over that statement and enactment, tetapi pada saya sekarang ini 26(1)(p) ini tak sesuai Yang Berhormat. Nanti kalau ada pelanggaran yang mengatakan bahawa itu bukan enakmen yang sebenar then ada avenue, so 26(1)(p), saya rasa tak sesuai ketika ini.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak berhasrat untuk merujuk mereka ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Untuk pengetahuan mereka, saya baca balik Tuan Yang di-Pertua. Enakmen ini ialah Enakmen Negeri Terengganu, Bilangan 4, Tahun 2002. Bacalah balik okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu boleh habiskanlah Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan kalau boleh.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya nak bagi tahu bahawa di dalam draf asal, ini saya ada draf ini.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ha, draf asal! Draf asal! That’s why, you lie!
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Eh yeop, dengarlah dulu.
[Dewan riuh]
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Dia tahu ini draf asal. Penipu!
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang saya baca…
[Dewan riuh]
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Sebab itu 26(1)(p) kena pakai.
[Dewan riuh]
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Ini munafik, munafik!
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Inilah dia munafik Islam!
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof [Balik Pulau]: Eh orang Islam, buat malu orang Islam sahaja. Jangan main-main.
Seorang Ahli: Tak menerima kenyataan.
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof [Balik Pulau]: Malukan orang Islam! Tak payah!
[Dewan riuh]
Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusof [Balik Pulau]: Bagi undang-undang Islam kita malu. Bodoh!… [Dewan riuh]
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang saya baca tentang enakmen.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Inilah contoh orang Islam yang malukan Islam.
[Dewan riuh]
Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Dia ada dua draf.
Seorang Ahli: Bukan satu, dua draf.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Memang babi!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini draf, ini enakmen.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat, berbahas dengan sopan Yang Berhormat.
pas memang babi haha like…