English translation of this page via Google Translate

4 Julai 1976: Rakyat Israel meraikan kejayaan pasukan komando Israel membebaskan tebusan pesawat Air France Penerbangan 139 yang ditawan pejuang Palestin. Pasukan komando tersebut telah diterbangkan sejauh 4,000km ke tempat tebusan di Uganda dengan menggunakan 5 pesawat C-130 yang terbang rendah untuk mengelak dikesan radar Mesir, Sudan dan Arab Saudi. 2 pesawat Boeing 707 yang menggunakan lambang El Al juga digunakan. Operasi ini dinamakan Operation Entebbe.

31 Januari 2010: Pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, dibunuh di Dubai. Akhbar Israel The Jerusalem Post menyatakan bahawa kematian beliau akan menyekat bekalan senjata kepada Hamas.

18 Februari 2010: Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Ireland mengesahkan pasport palsu Ireland telah digunakan dalam pembunuhan pemimpin Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di Dubai. 26 orang yang disyaki ejen Mossad melakukan pembunuhan itu dengan menggunakan pasport palsu UK, Ireland, Australia & Perancis.

25 Mac 2010: Akhbar Haaretz dari Israel menyiarkan kenyataan bahawa sistem peluru berpandu Iron Dome yang digunakan ke atas roket Hamas, sebenarnya dibiayai & dibangunkan untuk Singapura.

26 Mei 2011: Israel menghantar bantahan kepada Majlis Keselamatan PBB kerana Malaysia menghantar kapal bantuan ke Gaza.

7 Februari 2012: 2 aktivis Chabad (gerakan dakyah Yahudi) dari Israel telah diusir dari India kerana disyaki ejen Mossad.

22 Januari 2013: PM Hamas, Ismail Haniyeh, menyifatkan lawatan PM Malaysia sebagai deklarasi Islam untuk mengakhiri sekatan ke atas Gaza.

15 November 2013: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menghantar ‘sepasukan pakar’ menggunakan pesawat Boeing 747 El Al ke Filipina sebagai bantuan untuk bencana Taufan Haiyan.

28 Februari 2014: Akhbar Israel Haaretz menyiarkan berita bahawa seorang bekas tentera IDF (Israel Defense Forces) mengetuai militan pro-Ukraine.

9 Mac 2014: Akhbar The Times of Israel menyiarkan berita bahawa gerakan Chabad telah dihantar untuk menziarahi keluarga Nikolai Brodskii, penumpang MH370 beragama Yahudi.

16 Mac 2014: The Times of Israel mengaitkan 2 penumpang warga Iran yang menggunakan pasport curi dengan kehilangan pesawat MH370.

19 Mac 2014: Ketua Turus Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Benny Gantz menyeru Israel menawan semula Gaza dan melawan Iran.