Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, dengan lantang melaungkan bahawa Pakatan Rakyat akan merampas negeri Perlis, Terengganu dan Pahang daripada Barisan Nasional setelah berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.
Tidak cukup dengan itu, Azizan yang turut dijulang dengan gelaran ‘ustaz’ juga menambah bahawa Pakatan Rakyat akan menjadikan negeri Johor sebagai sebuah muzium!
”Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.
”Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,” katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.1
Semoga Allah Taala menyelamatkan insan yang menggelar dirinya ‘ustaz’ ini daripada terus terjerumus dan bergelumang dengan sifat riak, ujub, takabbur dan nafsu amarah sehingga sanggup mencemuh saudara-saudara beliau.
Begitu kejikah rakyat negeri Johor sehingga direndah-rendahkan, seolah-olah mereka cuma layak dibungkus dalam lipatan sejarah?
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan.
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.
1. “Johor bakal jadi muzium UMNO – Azizan,” Utusan Online, 16 April, 2008, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;..”
al-Hujuraat 49:11
Tolong hapuskan sikap perkauman !! …
Jika tidak , UMNO akan berkubur di Johor …
****
utusan online boleh percaya ke ??
media yang menghura-hurakan rakyat …
Jika ada pihak yang mengamalkan sikap perkauman dan kenegerian, ia bukanlah dari negeri Johor. Para pembaca boleh menilai sendiri pihak mana yang bertolak ansur, pihak mana yang mengamalkan perkauman/kenegerian.
Jika tuan tidak percaya Utusan Online, tuan bebas untuk mengemukakan bukti bahawa kenyataan Azizan Abdul Razak itu palsu dan tidak pernah dikeluarkan. Terima kasih.
datuk menakan aku (TAEB AZAMUDIN) lagi baguih jd MB dari “USTAZ” ni..
TAKE BEER!!!
TAKE BEER!!!
TAKE BEER!!!
kalau dia dtg johor, ludah je muke anjing ni..
sy juga warga johor tp terkilan dengan harga rumah di johor.. seolah-olah warga johor dianak tirikan oleh anak emas yg kaya (rakyat singapore).. semua pembangunan lebih menumpukan “keperluan” warga sana.. saya bukan penyokong mana-mana parti politik, sy cuma rakyat johor biasa. disebabkan status orang biasa inilah, saya terpaksa berebut dengan procedure cacamerba SUK Perumahan di Nusajaya untuk membeli sebuah rumah berstatus bumiputera. cuma 40% (maksimum) quata untuk bumiputera disediakan.. (ada juga pemaju yg memberitahu saya cuma 30%).. adakah cuma 30-40% kerusi dimenangi UMNO di johor? Saya bangga johor dikuasai UMNO (Parti melayu Islam) tetapi sikap saya ini lama kelamaan khakis apabila nasib bangsa seperti dipandang enteng apatah lagi dengan keadaan johor bersebelahan dengan orang kaya singapura. semuanya lebih mengutamakan mereka. perumahan, pendidikan swasta, pasaraya mega, semua nya dibina dan beroperasi dengan harga yg mahal yg mana kerajaan sendiri TAHU pendapatan perkapita rakyat Johor berapa sen. Sudah pasti kelebihan ini digarab oleh bangsa asing disebalah kita ini.
Saya pikirkan, kerajaan sedia ada tak perlu untuk berkempen memburukkan orang lain, memberi wang ehsan atau saguhati setiap kali pilihanraya menjelang semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat, apa yg perlu adalah ikhlas dan telus menjadi pemimpin kepada rakyat, bukan pemimpin kepada pangkat, jawatan mahupon harta. Sekiranya kita ikhlas, sudah pasti akan menampkan hasil.
wallahualam
tak perlu kita nk mencaci orang. sikap2 kita yg suka mencaci ini lah yg memburukkan lg nama melayu dan umno. kadang-kadang, hanya disebabkan segelintir penyokong umno/pas/paktan dll yg terlalu takshub, maki sana sini, habis rosak semua.. maka untuk menjadikan kita sebagai ikutan, bersihkah lah diri sendiri dlu dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. maaf andai komen ini ada menguris mana-mana pihak.
Petikan tahap pelajaran ustaz azizan (yg melayakkan beliau bergelar ustaz):
SARJANA MUDA SYARIAH UNIV. AL-AZHAR 1972,
M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT CANTERBURY ENGLAND 1978
kalau kita lebih menghormati pihak lawan, nescaya pihak lawan akan lebih gentar.