Analisis: Tindakan Menggantung MB dan 6 Exco

1. Mengapa V. Sivakumar Menggantung MB dan 6 Exco Daripada Menghadiri Sidang Dewan Negeri?

Kerana mereka didapati ‘menghina Dewan Negeri’. Menurut Sivakumar:

“Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

“Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri ,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.1


2. Mengapakah MB dan 6 Exco Dikatakan ‘Menghina Dewan Negeri’?

Mereka dikatakan ‘menghina Dewan’ kerana dilantik sebelum Menteri Besar Perak ke-10, Nizar Jamaluddin, meletakkan jawatan secara rasmi.1

Majlis angkat sumpah jawatan mereka juga dikatakan bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.1

Aduan terhadap mereka telah dibuat oleh ADUN Canning (DAP), Wong Kah Woh.1


3. Adakah MB dan 6 Exco Boleh Dilantik Sebelum Nizar Meletakkan Jawatan?

Boleh.

Ini kerana jawatan Nizar sebagai MB, dan barisan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) beliau (juga digelar Exco), telah dianggap dikosongkan atas perintah DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah:

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.2


4. Adakah Sultan Berkuasa Untuk ‘Menganggap Jawatan MB dan Exco Dikosongkan’?

Ya.

Ini kerana Sultan mempunyai kuasa untuk membuang kerja (dismiss). Selain itu, Sultan juga berkuasa untuk:

a. Menggantung (suspend);

b. Melantik pengganti sementara untuk orang yang digantung, sakit atau tidak hadir.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesebelas, Seksyen 29:

Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja-

Jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa kuasa untuk membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Merujuk penghakiman kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737, Exco boleh dianggap bubar walaupun MB dan barisan Exconya enggan meletakkan jawatan:

…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention.


5. Adakah Sivakumar Berkuasa Untuk Menggantung MB dan 6 Exco Tanpa Mendapat Sokongan Majoriti ADUN?

Tidak menurut Pengerusi DAP, Karpal Singh, bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Abdullah Abdul Wahab dan Siddiq Azani dari Fakulti Undang-undang UiTM.

Menurut mereka, sebelum menggantung MB dan 6 Exconya, Sivakumar selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak (juga digelar Speaker), perlu mendapat persetujuan daripada majoriti ahli-ahli Sidang Dewan Negeri Perak.

Menurut Karpal Singh:

“It’s my view that this means the speaker must refer the matter to the state assembly for debate and endorsement.

The Gelugor MP said he faced a similar action in 2004 for being accused of misleading Parliament by saying that MPs must raise their right hand when taking their oath of office and lost both his allowances and privileges during the suspension.

“The committee of privileges made a decision to suspend me for six months and this was brought before the House where it was debated and the decision was confirmed.

Karpal Singh said he was allowed to participate in the debate and similarly Zambry and his executive council should be afforded the same rights if the matter is brought before the Perak assembly.3

Bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Abdullah Abdul Wahab pula menyatakan bahawa keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan perlu mendapat persetujuan anggota Dewan Negeri:

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu ,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata jika anggota dewan menerima syor tersebut, “barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan” yang disokong oleh anggota dewan.4

Tambah Datuk Abdullah:

Abdullah berkata persidangan Dewan Rakyat pernah mengambil tindakan menggantung keanggotaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebagai anggota dewan, dan tindakan itu diambil mengikut aturan mesyuarat dewan.

Pada 11 Disember 2001, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan usul supaya Fong digantung keanggotaannya selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menghina Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail.

Keputusan untuk menggantung Fong dibuat melalui pengundian oleh anggota Dewan Rakyat yang hadir, di mana 83 anggota menyokong dan 28 lagi membantah, dan tidak dibuat di luar persidangan dewan tanpa mendapat persetujuan anggota dewan, katanya.4

Siddiq Azani menyatakan bahawa tindakan Sivakumar melanggar perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan:

Action taken by Sivakumar was a clear violation of the Standing Orders of the State Legislative Assembly of Perak.

Under Rule 71 (2) of the orders, when the assembly is not in session, a member can inform the Speaker if there had been violations of the rights and privileges. After receiving the report, the speaker then must refer to the Rights and Privileges Committee and the committee must be reported to the parliament.5

Menurut Siddiq lagi, tindakan menggantung tersebut hanya boleh dilaksanakan sekiranya dipersetujui oleh majoriti ADUN:

Siva must yet realize that those suspension can only be carried out if majority of the members of the assembly agree upon the issue that the MB had been reported to the committee, with there is a chance given to the suspended members, allowing themselves to defend their rights, or at least to produce a show cause letter on why should they stay as the members of the assembly.5


So long as a question arises whether an authority under the constitution has acted within the limits of its power or exceeded it, it can certainly be decided by the Court. Indeed it would be its constitutional obligation to do so.

– P. N. Bhagwati


1. “MB Perak Dan Enam Exco Digantung Hadiri DUN Perak,” Bernama.com, 18 Februari, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=390737

2. “Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,” Bernama.com, 5 Februari, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

3. “Karpal: Suspensions must be endorsed by state assembly,” The Malaysian Insider, 19 Februari, 2009, http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18747-karpal-suspensions-must-be-endorsed-by-state-assembly

4. “Keputusan Speaker DUN Perak tidak ikut peraturan,” mStar Online, 19 Februari, 2009, http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/19/mstar_berita/20090219092614&sec=mstar_berita

5. “Suspension: Sivakumar Has Crossed The Line – Did not Follow the Law (Karpal Agrees),” 19 Februari, 2009, http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/02/19/suspension-sivakumar-has-crossed-the-line-did-not-follow-the-law-karpal-agrees/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s