Analisis: Gerakan Mencari & Menyelamat MH370

18 Mac 2014

English translation of this page via Google Translate

flightradar24

(Klik untuk besarkan imej) Laman Flightradar24 mengesan kedudukan terakhir MH370 di latitud 6.97 utara, longitud 103.63 timur. Flightradar24 mengesan isyarat dari transponder ADS-B milik pesawat.


1. Bila MH370 Berlepas?

Penerbangan MH370 berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi (waktu Malaysia), Sabtu, 8 Mac 2014.1


2. Bila MH370 Dijadualkan Mendarat?

MH370 dijadualkan mendarat pada pukul 6.30 pagi (waktu China), Sabtu, 8 Mac 2014, 6 jam 11 minit setelah ia berlepas dari KLIA.1

China dan Malaysia berada dalam zon masa yang sama (UTC+08:00).


3. Bila MH370 Hilang?

1. 1.21 pagi: Radar sekunder (secondary radar) Pusat Kawalan Trafik Udara Subang (Subang Air Traffic Control Centre) – Pusat Kawalan Trafik Udara Subang menyatakan bahawa ia hilang komunikasi dengan MH370 pada pukul 2.40 pagi (waktu Malaysia). Kenyataan ini telah disiarkan oleh Malaysia Airlines.1

Pada 12 Mac 2014, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyatakan bahawa kali terakhir radar sekunder (secondary radar) menerima isyarat dari MH370 ialah pada pukul 1.21 pagi (waktu Malaysia). MH370 hilang daripada radar sekunder (secondary radar) pada pukul 1.30 pagi (waktu Malaysia).2

2. 1.21 pagi: ADS-B (automatic dependent surveillance-broadcast) – ADS-B ialah teknologi yang digunakan untuk menghantar dan menerima isyarat daripada alat transponder pesawat. Laman Flightradar24 melaporkan bahawa kali terakhir ia menerima isyarat daripada transponder MH370 ialah pada jam 17:21:03 UTC (1.21 pagi waktu Malaysia).3

Waktu ini konsisten dengan waktu daripada radar sekunder (secondary radar) Pusat Kawalan Trafik Udara Subang.

3. 2.15 pagi: Radar primer (primary radar) TUDM – TUDM melalui radar primer (primary radar) miliknya masih mengesan MH370 setelah ia hilang komunikasi dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang.4

Waktu pesawat MH370 keluar daripada kawasan liputan radar primer (primary radar) TUDM ialah pada pukul 2.15 pagi (waktu Malaysia).2

4. 1.07 pagi: ACARS – Sistem hubungan data digital ACARS (Aircraft Communications Addressing and Reporting System) pada pesawat MH370 menghantar isyarat kali terakhir pada pukul 1.07 pagi (waktu Malaysia). Ia dijadualkan menghantar isyarat pada 30 minit kemudian, iaitu pada pukul 1.37 pagi (waktu Malaysia), namun tiada isyarat ACARS diterima.5

5. 8.11 pagi: Inmarsat – Komunikasi terakhir antara satelit milik syarikat perkhidmatan data satelit Inmarsat dan MH370 berlaku pada pukul 8.11 pagi (waktu Malaysia).4

Merujuk kepada maklumat-maklumat di atas, waktu terakhir MH370 dapat dihubungi ialah pada pukul 8.11 pagi (waktu Malaysia).


4. Berapa Lamakah MH370 Terbang?

Tidak dapat dipastikan.

Namun, jika merujuk kepada waktu MH370 berlepas dari KLIA (12.41 pagi waktu Malaysia) dan waktu terakhir komunikasi dengan satelit Inmarsat (8.11 pagi waktu Malaysia),4 kemungkinan pesawat MH370 telah beroperasi selama 7 jam 30 minit.

Menurut sumber Reuters6, MH370 berada di waypoint:

1. IGARI (1.21 pagi waktu Malaysia) – waktu ini konsisten dengan waktu isyarat kali terakhir diterima oleh radar sekunder (secondary radar) Pusat Kawalan Trafik Udara Subang2 dan penerima (receiver) ADS-B Flightradar243.

Untuk tiba pada pukul 1.21 pagi (waktu Malaysia) di waypoint IGARI dari KLIA, pesawat MH370 perlu memiliki kelajuan purata 412 knot. Flightradar24 menyatakan kelajuan terakhir MH370 yang telah dikesan ialah 471 knot.3

2. VAMPI

3. GIVAL

4. IGREX (2.15 pagi waktu Malaysia) – waktu ini konsisten dengan waktu kali terakhir MH370 dikesan oleh radar primer (primary radar) TUDM.2

Untuk tiba pada pukul 2.15 pagi (waktu Malaysia) di waypoint IGREX dari waypoint IGARI, pesawat MH370 perlu memiliki kelajuan purata 760 knot. Boeing menyatakan bahawa kelajuan jejak lazim (typical cruise speed) bagi pesawat 777-200ER ialah 555.64 knot.7

Kelajuan 760 knot ialah bersamaan 1.15 Mach (kelajuan bunyi ialah 1.2 Mach).

Laman Ground Speed Records meletakkan catatan kelajuan 735 knot oleh sebuah pesawat Boeing 777-200 (bukan 777-200ER) milik American Airlines sebagai rekod di tempat pertama.8

Tempoh MH370 berada di waypoint IGREX (2.15 pagi waktu Malaysia) sehingga kali terakhir ia dikesan oleh satelit Inmarsat (8.11 pagi waktu Malaysia) ialah 5 jam 56 minit.

waypoint

(Klik untuk besarkan imej) Sumber Reuters menyatakan MH370 berada di waypoint IGREX pada pukul 2.15 pagi. Ini memerlukan pesawat tersebut bergerak hampir pada kelajuan bunyi.

laporan

(Klik untuk besarkan imej) Imej laluan penerbangan yang mungkin bagi MH370, dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dalam laporan awal.


5. Bagaimanakah Waypoint Membantu Penerbangan ‘Autopilot’?

Waypoint ialah koordinat yang dijadikan titik rujukan bagi tujuan navigasi penerbangan.

Waypoint akan disenaraikan dalam pelan penerbangan (flight plan), dan pelan ini akan dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan (FMS – Flight Management System). FMS kemudiannya akan memandu pesawat melalui pelan penerbangan (flight plan) yang telah ditetapkan tersebut.

FMS

Contoh paparan Flight Management System (FMS) di pesawat Boeing.


6. Berapakah Jumlah Minyak Yang Diisi Untuk MH370?

Jangkaan penggunaan minyak bagi penerbangan dari KLIA ke Beijing dengan menggunakan pesawat Boeing 777-200 ialah 279 paun (127 liter) minyak bagi setiap minit penerbangan:

Penggunaan minyak: 103,760 paun atau 47,066 liter (masa penerbangan 6 jam 12 minit)
Minyak simpanan (reserve fuel): 20,911 paun atau 9,485 liter (masa penerbangan 1 jam 15 minit)
Jumlah minyak di dalam pesawat (fuel on board): 124,671 paun 56,551 liter (masa penerbangan 7 jam 27 minit)


7. Negara Manakah Yang Telah Berkongsi Data Radar Mereka?

Tiada maklumat rasmi dikeluarkan mengenai perkara ini.

Namun, negara-negara berikut telah menyatakan secara lisan bahawa radar mereka tidak mengesan MH370:9

1. China
2. India
3. Pakistan
4. Myanmar
5. Laos
6. Kyrgyzstan
7. Kazakhstan
8. Turkmenistan (24 Mac 2014)10

radar

(Klik untuk besarkan imej) Sehingga 22 Mac 2014, negara-negara berikut telah mengesahkan radar mereka tidak mengesan MH370: China, India, Pakistan, Myanmar, Laos, Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

airport

(Klik untuk besarkan imej) Negara-negara yang tidak mengesan MH370 di radar mereka: Maldives, Amerika Syarikat (Diego Garcia) & Australia (Cocos Islands).


8. Sistem Radar Manakah Yang Berupaya Mengesan Pesawat Berhampiran Kawasan Pencarian MH370?

Rangkaian radar JORN (Jindalee Operational Radar Network) milik Angkatan Pertahanan Australia (ADF – Australian Defence Force) ialah sistem radar Over-The-Horizon yang menggunakan gelombang radio berfrekuensi tinggi (HF – High Frequency).11

JORN memiliki jarak operasi 1,000-3,000km dan mampu mengesan pesawat bersaiz BAe Hawk-127 atau lebih besar.11

Stesen JORN paling hampir dengan kawasan pencarian ialah di Laverton, Australia Barat.

jindalee

Jarak liputan rangkaian radar JORN.

Indonesia juga memiliki stesen radar di Sabang (Satuan Radar 233) dan Lhokseumawe (Satuan Radar 231), di kawasan utara kepulauan Sumatera. Pada 30 September 2012, Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) telah menghantar dua pesawat pejuang Sukhoi untuk memaksa sebuah pesawat Cessna 208 yang dikemudi Michael Boyd, seorang warga Amerika Syarikat mendarat kerana tidak menjawab komunikasi pusat kawalan trafik udara.

TNI

(Klik untuk besarkan imej) Kawasan liputan radar Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU). TNI-AU memiliki stesen radar Sabang (233) & Lhokseumawe (231) di utara Sumatera.

boyd

Pada 30 September 2012, Michael Boyd, warga Amerika Syarikat, telah dipaksa mendarat di Balikpapan, Kalimantan, kerana memasuki ruang udara Sulawesi tanpa kebenaran.


9. Mengapakah Pencarian MH370 Dilakukan Di Kawasan Lengkungan ‘Koridor’ Utara & Selatan?

Kerana komunikasi terakhir MH370 dengan satelit Inmarsat ialah pada kedudukan 40 darjah dari kedudukan satelit tersebut.12

inmarsat


10. Mengapa Pencarian Dimulakan Di Laut China Selatan?

Ini kerana pada 8 Mac 2014, Pusat Kawalan Trafik Udara Subang melaporkan kedudukan terakhir MH370 sebelum ia hilang daripada radar ialah pada:

065515N 1033443E (6 darjah 55 minit 15 saat Utara, 103 darjah 34 minit 43 saat Timur), bersamaan latitud 6.92 utara, longitud 103.58 timur.13

Selain itu, terdapat dakwaan-dakwaan penemuan objek daripada beberapa pihak yang mengakibatkan pencarian diteruskan di Laut China Selatan.

Pihak berkuasa menyiasat segala dakwaan-dakwaan yang timbul bagi mengesahkan sama ada ia benar atau tidak.


11. Apakah Dakwaan-dakwaan Yang Mengakibatkan Siasatan Diteruskan Di Laut China Selatan?

1. 8 Mac 2014, 10.17 pagi (waktu Malaysia) – Laksamana Muda (Rear Admiral) Ngo Van Phat menyatakan MH370 mungkin terhempas di kedudukan 153 batu nautika (kira-kira 300km) dari pulau Tho Chu. Dakwaan ini disiarkan oleh Tuoi Tre14, dan kemudiannya oleh Reuters pada pukul 1.02 petang (waktu Malaysia).15

reuters

Organisasi berita antarabangsa seperti Reuters juga menyiarkan dakwaan oleh Laksamana Muda Tentera Laut Vietnam. Dakwaan itu kemudiannya telah dibuktikan salah.

2. 8 Mac 2014, 8.04 malam (waktu Malaysia) – Tuoi Tre melaporkan tumpahan minyak dikesan oleh pesawat Antonov An-26 milik Vietnam, di dua kedudukan16:
a. latitud 7.55 utara, longitud 103.18 timur; dan
b. 150km dari pulau Tho Chu.

3. 10 Mac 2014, 1.43 petang (waktu Malaysia) – Tuoi Tre melaporkan ‘sebuah pesawat Singapura’ mengesan sebuah objek berwarna jingga, berkemungkinan rakit keselamatan atau jaket keselamatan pesawat, di kedudukan 177km barat laut dari pulau Tho Chu.17

Pihak berkuasa Vietnam kemudian mengesahkan bahawa objek tersebut ialah penutup kabel.18

4. 12 Mac 2014 –  Laman rasmi organisasi pentadbiran teknologi kebangsaan China, SASTIND (State Administration of Science, Technology and Industry for National Defence) telah menyiarkan gambar tiga objek yang disyaki serpihan pesawat MH370.19 Gambar-gambar ini kemudiannya disiarkan oleh CCTV (China Central Television),20 Xinhua,21 CNN,22 BBC,23 NBC24 dan banyak lagi agensi-agensi berita antarabangsa.

Menurut SASTIND, gambar itu telah diambil di kedudukan latitud 6.7 utara dan longitud 105.63 timur, pada pukul 11.00 pagi, 9 Mac.

sastind

Dakwaan penemuan objek seperti yang dilakukan China mengakibatkan pencarian terpaksa dilakukan di kawasan Laut China Selatan untuk mengesahkan sama ada ia benar atau tidak.


12. Mengapakah Pencarian Diperluas Ke Selat Melaka Dan Laut Andaman?

Ini kerana TUDM telah mengesan melalui radar primer (primary radar) miliknya bahawa sebuah pesawat yang tidak dikenali telah berpatah balik (turn back), meneruskan penerbangan ke arah barat melalui Semenanjung Malaysia, dan kemudian ke arah barat laut. Laluan penerbangan ini membawa pesawat tersebut ke kawasan utara Selat Melaka.4

Pencarian di Selat Melaka telah dimulakan pada 8 Mac 2014 (hari yang sama MH370 dilaporkan hilang):

On Saturday (8 March 2014), the PM indicated that we are going to expand the search and rescue operation. On the same we made a statement to say that there is a possibility of turn back. On the same day, we expanded the area to the Straits of Melaka.2

[Pada Sabtu (8 Mac 2014), PM telah membayangkan bahawa kami akan memperluas operasi mencari dan menyelamat. Pada hari yang sama kami telah membuat kenyataan bahawa ada kemungkinan (pesawat) berpatah balik. Pada hari yang sama, kami telah memperluas kawasan ke Selat Melaka.]

Data radar primer (primary radar) TUDM ini telah disahkan oleh pihak berkuasa antarabangsa.4 Data ini juga digunakan untuk membuat keputusan bagi meluaskan kawasan pencarian ke Laut Andaman.4


13. Pesawat Apakah Yang Dikesan Oleh Primary Radar TUDM?

Pada 15 Mac 2014 (7 hari selepas MH370 dilaporkan hilang), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan oleh radar primer (primary radar) TUDM ialah MH370.4

Kenyataan ini dibuat berdasarkan data daripada Inmarsat, dan dipersetujui oleh pihak FAA (Federal Aviation Administration – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat), NTSB (National Transportation Safety Board – Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat), AAIB (Air Accidents Investigation Branch – Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom) serta pihak berkuasa Malaysia.4


14. Mengapakah Pencarian Diperluas Ke Lautan Hindi?

Sebab utama mengapa pencarian diperluas ke Lautan Hindi tidak dinyatakan secara rasmi.

Namun begitu, kemungkinan besar ia berkait rapat dengan data daripada satelit Inmarsat bahawa komunikasi terakhir dengan MH370 berlaku pada pukul 8.11 pagi (waktu Malaysia).4

Pencarian di Lautan Hindi telah dimulakan pada 14 Mac 2014 (6 hari selepas MH370 dilaporkan hilang).25



1. “Saturday, March 08, 07:30 AM MYT +0800 Media Statement – MH370 Incident released at 7.24am,” Malaysia Airlines, 8 Mac, 2014, http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html

2. “PRESS CONFERENCE: MH 370 12 MARCH 2014, 5:30 PM,” Official Portal Ministry of Transport, Malaysia, 12 Mac, 2014, http://www.mot.gov.my/en/Newsroom/Press%20Release/Year%202014/MH%20370%20Press%20Statement%20by%20Hishammuddin%20Hussein%20on%2012%20March%202014.pdf

3. “Flightradar24.com,” 8 Mac, 2014, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=679309148775178&set=a.116008071771958.7699.111607872211978&type=1&stream_ref=10

4. “PRIME MINISTER’S PRESS STATEMENT ON FLIGHT MH370,” Official Website Prime Minister’s Office of Malaysia, 15 Mac, 2014, https://www.pmo.gov.my/?menu=news&news_id=12606&page=1731&news_cat=4

5. “MH370 PRESS BRIEFING BY HISHAMMUDDIN HUSSEIN, MINISTER OF DEFENCE AND ACTING MINISTER OF TRANSPORT,” Official Portal Ministry of Transport, Malaysia, 18 Mac, 2014, http://www.mot.gov.my/en/Newsroom/Press%20Release/Year%202014/MH370%20Press%20Statement%20by%20Hishammuddin%20Hussein%20on%2018%20March%202014.pdf

6. “Exclusive: Radar data suggests missing Malaysia plane deliberately flown way off course – sources,” Reuters, 14 Mac, 2014, http://www.reuters.com/article/2014/03/14/us-malaysia-airlines-radar-exclusive-idUSBREA2D0DG20140314

7. “777-200/-200ER Technical Characteristics,” Boeing, http://www.boeing.com/boeing/commercial/777family/pf/pf_200product.page

8. “Boeing B777-200,” Ground Speed Records, http://www.groundspeedrecords.com/index.php?option=com_content&view=category&id=444&Itemid=1771

9. “MH370 PRESS BRIEFING BY HISHAMMUDDIN HUSSEIN, MINISTER OF DEFENCE AND ACTING MINISTER OF TRANSPORT,” Official Portal Ministry of Transport, Malaysia, 22 Mac, 2014, http://www.mot.gov.my/en/Newsroom/Press%20Release/Year%202014/MH370%20Press%20Statement%20by%20Hishammuddin%20Hussein%20on%2022%20March%202014.pdf

10. “MH370 PRESS BRIEFING BY HISHAMMUDDIN HUSSEIN, MINISTER OF DEFENCE AND ACTING MINISTER OF TRANSPORT,” Official Portal Ministry of Transport, Malaysia, 24 Mac, 2014, http://www.mot.gov.my/en/Newsroom/Press%20Release/Year%202014/MH370%20Press%20Statement%20by%20Hishammuddin%20Hussein%20on%2024%20March%202014.pdf

11. “Jindalee Operational Radar Network,” Royal Australian Air Forcehttp://www.airforce.gov.au/docs/JORN_Fact_Sheet.pdf

12. “Here’s what’s odd about that map of MH370′s final satellite ping,” The Washington Post, 19 Mac, 2014, http://www.washingtonpost.com/blogs/the-switch/wp/2014/03/19/heres-whats-odd-about-that-map-of-mh370s-final-satellite-ping/

13. “Saturday, March 08, 04:20 PM MYT +0800 Malaysia Airlines MH370 Flight Incident – 4th Media Statement,” Malaysia Airlines, 8 Mac, 2014, http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html

14. “Xác định vị trí máy bay Malaysia mất tích,” Tuoi Tre Online, 8 Mac, 2014, http://tuoitre.vn/The-gioi/597079/chuan-do-doc-ngo-van-phat–may-bay-roi-cach-dao-tho-chu-153-hai-ly.html#ad-image-0

15. “Malaysian plane crashed off Vietnam coast: state media,” Reuters, 8 Mac, 2014, http://www.reuters.com/article/2014/03/08/us-malaysia-airlines-vietnam-idUSBREA2706920140308

16. “Oil slicks found near site of crashed Malaysia Airlines plane,” Tuoi Tre news, 8 Mac, 2014, http://tuoitrenews.vn/society/18173/oil-spills-found-near-site-of-crashed-malaysia-airlines-plane

17. “Seeming life raft spotted in reported MH370 crash site,” Tuoi Tre news, 10 Mac, 2014, http://tuoitrenews.vn/society/18210/seeming-life-raft-spotted-in-reported-mh370-crash-site

18. “Vietnam founds MH370 search command center on Phu Quoc,” Tuoi Tre news, 10 Mac, 2014, http://tuoitrenews.vn/society/18212/vietnam-founds-mh370-search-command-center-on-phu-quoc

19. “高分一号在马航失联客机疑似失事海域发现漂浮物,” SASTIND, 12 Mac, 2014, http://www.sastind.gov.cn/n112/n117/c303244/content.html

20. “Chinese satellite images show possible floating objects,” cctv.com, 13 Mac, 2014, http://english.cntv.cn/program/newsupdate/20140313/100889.shtml

21. “Chinese satellite finds debris at suspected missing plane site,” Xinhuanet, 13 Mac, 2014, http://news.xinhuanet.com/english/china/2014-03/13/c_133182948.htm

22. “Satellite looking into missing Malaysia flight detects ‘suspected crash area’,” CNN, 13 Mac, 2014, http://edition.cnn.com/2014/03/12/world/asia/malaysia-airlines-plane/

23. “Malaysia Airlines MH370: China in new ‘debris’ clue,” BBC News, 13 Mac, 2014, http://www.bbc.com/news/world-asia-26554875

24. “Chinese Satellite Images May Be of Missing Jet Debris: Report,” NBC News, 13 Mac, 2014, http://www.nbcnews.com/storyline/missing-jet/chinese-satellite-images-may-be-missing-jet-debris-report-n51346

25. “PRESS CONFERENCE : MH 370 14 MARCH 2014, FRIDAY, 5.30 PM,” Official Portal Ministry of Transport, Malaysia, 14 Mac, 2014, http://www.mot.gov.my/en/Newsroom/Press%20Release/Year%202014/MH370%20Press%20Statement%20by%20Hishammuddin%20Hussein%20on%2014%20March%202014.pdf

One thought on “Analisis: Gerakan Mencari & Menyelamat MH370

  1. Pingback: MH 370: Is It Fair To Blame Malaysia By Saying She Was Slow To React? | The Crap In Between SeaDemon's Ears

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s