Jika Herald – The Catholic Weekly dibenarkan daripada segi undang-undang untuk menggunakan kalimah ‘Allah’, maka tiada halangan untuk kes ini dijadikan sebagai rujukan atau precedent bagi terbitan-terbitan Kristian yang lain.
Itu implikasinya. Tolong sedar perkara ini.
Sidang Injil Borneo juga, dalam satu kes berasingan, telah mencabar keputusan kerajaan,1 bukan bagi pihak Herald – The Catholic Weekly (yang kesnya difailkan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur), tetapi bagi pihak buku-buku ini:2
Anak Besar Umur 9-11 Tahun, Tahun I (Januari-Jun)
Anak Besar Umur 9-11 Tahun, Tahun II (Julai -Disember)
Anak Besar Umur 9-11 Tahun, Tahun III (Januari -Jun)
Anak Besar Umur 9-11 Tahun, Tahun III (Julai -Disember)
Anak Tengah Umur 6-8 Tahun, Tahun III (Januari – Jun)
Anak Tengah Umur 6-8 Tahun, Tahun III (Julai-Disember)
Adakah anda gemar anak anda diacu daripada usia kecil untuk membaca penulisan berkonsep sebegini?
E. Ciri Khas Secara Rohani
1. Sudah mulai memahami konsep keselamatan. Masa ini merupakan masa yang baik untuk mempersiapkan anak menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, sebelum mereka memasuki masa remaja yang bergejolak. Untuk itu ajaklah mereka berbicara tentang keselamatan dengan serius.
Ataukah anda suka anak anda didedahkan dengan komik ini, yang ‘tidak salah daripada segi undang-undang’?
1. “Lebih sensitif daripada isu kartun Nabi,” Malaysiakini, 6 Januari, 2010, http://www.malaysiakini.com/letters/121248
2. “SIB’s application for judicial review on use of word ‘Allah’ to be heard on Jan 16,” Sun2Surf, 27 Disember, 2007, http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=20340