7 Persoalan MH370 Yang Perlu Ditanya Oleh Wartawan

1. Mengapa TNI-AU Tidak Berkongsi Data Radar MH370 Dari Sabang?

Laporan awal (preliminary report)1 rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia memaparkan gambarajah laluan penerbangan yang melintasi Pangkalan Udara Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) Maimun Saleh di Sabang, Pulau We.

TNI-AU tidak pernah menyatakan bahawa radar miliknya mengesan MH370.

maimun

Pangkalan Udara Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) Maimun Saleh di Sabang, Pulau We.

boyd

Pada 30 September 2012, dua pesawat Sukhoi milik TNI-AU telah memaksa Michael Boyd, warga Amerika Syarikat, mendarat di Balikpapan, Kalimantan, kerana memasuki ruang udara Sulawesi tanpa kebenaran.

lokasi

Gambarajah laluan penerbangan daripada laporan awal (preliminary report) Kementerian Pengangkutan Malaysia. Lihat bagaimana laluan tersebut melintasi Sabang dan julat radar Lhokseumawe serta Kepulauan Cocos Keeling (Australia).


2. Mengapa TNI-AU Tidak Berkongsi Data Radar MH370 Dari Lhokseumawe?

Laporan awal (preliminary report)1 rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia memaparkan gambarajah laluan penerbangan yang melintasi julat radar (radar range) Satuan (unit) Radar 231 TNI-AU di Lhokseumawe, Aceh.

TNI-AU tidak pernah menyatakan bahawa radar miliknya mengesan MH370.

julat

Julat radar TNI-AU. Anak panah menunjukkan kedudukan Pangkalan Udara Maimun Saleh dan Satuan (unit) Radar 231 di Lhokseumawe.


3. Mengapa Ketua Polis Indonesia Berkata “Saya Tahu Apa Yang Sebenarnya Terjadi Dengan MH370”?

Ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi syarikat Lion Air, Ketua Polis Indonesia, Jenderal Polisi Drs. H. Sutarman, telah membuat kenyataan bahawa beliau “berbicara dengan Kepala Polisi Malaysia Tun Mohammed Hanif Omar, saya tahu apa yang sebenarnya terjadi dengan MH370”.2

Kenyataan ini kali pertama diterbitkan oleh Kompas.com,2 sebelum disiarkan semula oleh Daily Mail Online,3 News.com.au4 dan laman-laman berita antarabangsa yang lain.

shot-20150105-2257-kqq8f6

Kenyataan Ketua Polis Indonesia mengenai MH370 kali pertama diterbitkan oleh Kompas.com pada 12 September 2014.

tempo

shot-20150105-2257-1dnp755

shot-20150105-2257-10nhfkk


4. Mengapa Lapangan Terbang Kepulauan Cocos Keeling Tidak Berkongsi Data Radar MH370?

Laporan awal (preliminary report)1 rasmi daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia memaparkan gambarajah laluan penerbangan yang melintasi julat radar (radar range) Lapangan Terbang Kepulauan Cocos Keeling. Kepulauan Cocos Keeling merupakan salah sebuah wilayah milik Australia.

Australia tidak pernah menyatakan bahawa radar miliknya mengesan MH370.

cocos

Lapangan terbang Kepulauan Cocos Keeling.


5. Berapakah Jumlah Minyak Yang Diisi Untuk MH370?

Jangkaan penggunaan minyak bagi penerbangan dari KLIA ke Beijing dengan menggunakan pesawat Boeing 777-200 ialah 279 paun (127 liter) minyak bagi setiap minit penerbangan:

Penggunaan minyak: 103,760 paun atau 47,066 liter (masa penerbangan 6 jam 12 minit)
Minyak simpanan (reserve fuel): 20,911 paun atau 9,485 liter (masa penerbangan 1 jam 15 minit)
Jumlah minyak di dalam pesawat (fuel on board): 124,671 paun 56,551 liter (masa penerbangan 7 jam 27 minit)

MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200ER dan menurut laporan awal (preliminary report) oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, komunikasi satelit terakhir berlaku pada 08:19:37 (waktu Malaysia).5 Ini mungkin bermakna MH370 telah terbang selama 7 jam 37 minit 17 saat, lebih 10 minit 54 saat daripada jangkaan masa penerbangan yang diambil oleh pesawat Boeing 777-200 dari KLIA ke Beijing.


6. Apakah Yang Terjadi 100 Saat Sebelum MH370 Hilang Daripada Radar?

MH370 hilang daripada radar Pusat Kawalan Trafik Udara Subang (Subang Air Traffic Control Centre) pada 01:21:04 (waktu Malaysia).6

Komunikasi terakhir MH370 dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang ialah tepat 100 saat sebelum itu, iaitu pada 01:19:24 (waktu Malaysia).


7. Siapa Yang Mematikan Transponder MH370?

Untuk MH370 hilang daripada radar Pusat Kawalan Trafik Udara Subang (Subang Air Traffic Control Centre), suis transponder pada pesawat tersebut perlu diletakkan dalam keadaan ‘Sedia’ (Standby).

transponder1transponder2


1. “MH370 – Search Radius for MH370,” Kementerian Pengangkutan Malaysia, 5 Jun, 2014, http://www.mot.gov.my/my/Newsroom/ReportMH370/MH370%20-%20Search%20Radius%20for%20MH370.pdf

2. “Kapolri Klaim Tahu Apa yang Terjadi dengan Pesawat Malaysia Airlines MH370,” Kompas.com, 12 September, 2014, http://nasional.kompas.com/read/2014/09/12/22150181/Kapolri.Klaim.Tahu.Apa.yang.Terjadi.dengan.Pesawat.Malaysia.Airlines.MH370

3. “Flight MH370: Police chief says ‘I know what happened to missing Malaysian Airlines plane’,” Daily Mail Online, 15 September, 2014, http://www.mirror.co.uk/news/world-news/flight-mh370-police-chief-says-4261253

4. “Flight MH370: Indonesian police chief General Sutarman says he knows what happened to the missing Malaysian Airlines plane,” News.com.au, 16 September, , http://www.news.com.au/travel/travel-updates/flight-mh370-indonesian-police-chief-general-sutarman-says-he-knows-what-happened-to-the-missing-malaysian-airlines-plane/story-fnizu68q-1227059682342

5. “MH370 Data Communication Logs,” Kementerian Pengangkutan Malaysia, 5 Jun, 2014, http://www.mot.gov.my/my/Newsroom/ReportMH370/MH370%20Data%20Communication%20Logs.pdf

6. “MH 370 Preliminary Report,” Department of Civil Aviation Malaysia, 9 April, 2014, http://www.dca.gov.my/MH370/Preliminary%20Report.pdf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s