Analisis: Bagaimana Palestin Jatuh Ke Tangan Zionis?

faisal

Raja Faisal bersama-sama Chaim Weizmann pada 1919.

1. Mengapa Palestin Tiada Pemerintah Sendiri?

Kerana Palestin diperintah oleh kuasa luar.

Sejak awal kurun ke-20, pentadbiran Palestin telah dilaksanakan atau dituntut oleh kuasa-kuasa dari luar Palestin termasuk dari Turki, British, Hijaz (kini Arab Saudi) dan akhirnya Zionis.

Sebelum Perang Dunia Pertama, Palestin berada di bawah pentadbiran Khilafah Uthmaniyyah (dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Ottoman Empire) yang berpusat di Istanbul, Turki. Palestin ketika itu dibahagikan kepada beberapa daerah yang digelar ‘mutasarrifiyyah‘ (‘sancak‘ dalam bahasa Turki). [Lagi]