Melayu mudah lupa bahawa mereka tidaklah seramai mana. Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Melayu termasuk dalam 67.4% populasi Bumiputera, namun tidak semua Bumiputera itu Melayu yang beragama Islam. Sejumlah besar daripada etnik Bumiputera Kadazan di Sabah dan Iban di Sarawak misalnya adalah beragama Kristian. Jumlah sebenar populasi Melayu hanyalah 50.1% daripada penduduk Malaysia. Malah di Sabah dan Sarawak, populasi Melayu adalah lebih kecil daripada populasi Cina. Orang Melayu perlu sedar betapa hakikat bahawa ketua menteri di kedua-dua negeri tersebut masih lagi individu-individu yang beragama Islam merupakan suatu ‘keajaiban’ kecil. [Lagi]