Genap sebulan setengah selepas tsunami politik Mac 2008, Archbishop Murphy Pakiam muncul untuk memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald – The Catholic Weekly. Pemimpin agama berpengalaman luas seperti beliau sudah pasti lebih arif daripada orang lain tentang sentimen umat Islam terhadap isu ini. Namun mengapa beliau masih meneruskan permohonan tersebut?
Mengapa ‘orang agama’ seperti beliau, ‘man of God‘, cenderung memilih jalan konfrontasi dan bukan kompromi? Apakah kalimah ‘Allah’ satu-satunya jalan untuk penganut Kristian berbahasa Melayu menuju kepada Tuhan? [Lagi]