Isu memerangi rasuah ialah senjata utama yang digunakan oleh parti-parti pembangkang untuk meraih undi pada PRU ke-12 tahun 2008. Ini jelas dilihat pada dokumen-dokumen manifesto, termasuklah manifesto PKR yang dinamakan ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’. Dokumen berkenaan dengan berkobar-kobar mengisytiharkan bahawa “Dengan semangat membara KeADILan untuk memerangi rasuah, pembaziran dan salah tadbir, kadar pertumbuhan sebanyak 8% adalah sangat realistik untuk kita capai.” Seharusnya sebelum mahu berbicara tentang ‘memerangi rasuah’, PKR patut sedar terlebih dahulu bahawa ‘perang’ itu, bukanlah suatu perkara yang indah dan enak. [Lagi]