Malaysia boleh dilihat sebagai ‘adik’ kesayangan ramai pihak, tidak kira dari kalangan negara-negara Barat, Timur Tengah, mahupun Timur Jauh. Sedar atau tidak, walau Malaysia bukan lagi di bawah jajahannya, British telah mengorbankan lebih 500 orang anak bangsanya (kira-kira 538 orang) untuk mempertahankan Malaysia daripada komunis semasa era Darurat dan Konfrontasi. Hubungan silaturrahim Malaysia dengan negara-negara Islam yang kaya dengan minyak pula menyebabkan mereka tidak lokek untuk menyumbangkan dana dan memberikan pinjaman lunak (soft loan) bagi pembangunan infrastruktur negara.
Namun kuasa dunia terbesar yang paling akrab dengan Malaysia sudah pastilah Jepun: ekonomi ketiga terbesar di dunia (di belakang AS dan keseluruhan Kesatuan Eropah). Kata nama Inggeris untuk Jepun, ‘Japan‘, malah dikatakan diperkenalkan ke Eropah oleh pedagang Portugis dari Melaka. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun yang miskin berusaha membaiki hubungan dengan menyerahkan kapal minelayer Wakataka kepada Royal Malayan Navy sebagai habuan perang. Tiada negara yang pernah diranapkan oleh sebiji, apatah lagi dua biji bom atom, namun siapa sangka Jepun yang tidak ubah ibarat padang jarak padang tekukur itu mampu bangkit menjadi antara kuasa dunia terbesar? [Lagi]

Kapal minelayer Wakataka yang dihadiahkan oleh Jepun kepada Royal Malayan Navy