MB Azizan Bongkak: Dulu Caci Johor, Kini Rumah Banjir

Rakyat negeri Johor sama sekali tidak akan melupakan Menteri Besar yang paling dibenci mereka: Azizan Abdul Razak, yang pernah melaung dengan penuh sifat riak, ujub lagi takabbur untuk menjadikan negeri ‘Johor sebagai muzium’ di Stadium Perak:

”Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,” katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Apa sudah jadi kepada beliau?

Azizan dibantu pemandunya bergegas ke Wisma Darulaman untuk menghadiri mesyuarat tergempar mengenai isu banjir. Bila terkena batang hidung sendiri baru mahu mesyuarat? (Gambar daripada The Star Online http://www.thestar.com.my)

Rumah Azizan di Jalan Sultanah yang dilanda banjir. Kelihatan isteri beliau berseorangan di beranda. (Gambar daripada The Star Online http://www.thestar.com.my)

Mari kita doakan sekali lagi semoga Allah Taala menyelamatkan insan yang menggelar dirinya ‘ustaz’ ini daripada terus ‘tenggelam’ dalam sifat riak, ujub, takabbur dan nafsu amarah sehingga sanggup mencemuh saudara-saudara beliau.

Patutkah rakyat negeri Johor menghulurkan bantuan?

Bak kata Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, pada 18 Januari 2007 ketika banjir besar melanda Johor:

Apa yang penting kita harus ingat setiap musibah yang berlaku mungkin ada sebabnya, adakah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini atau macam mana.

2 thoughts on “MB Azizan Bongkak: Dulu Caci Johor, Kini Rumah Banjir

  1. Dahulu masa banjir 2005, orang PAS menyatakan itu adalah balasan Allah kepada kerajaan BN.

    Sekarang, apakah mereka mahu kata? Balasan kepada kerajaan PAS?

    Sesungguhnya inilah ujian ringkas Allah SWT. Tengoklah macam mana mereka handle bencana, teruk sekali kalau dibandingkan dengan 2005. Sedih saya kerana mengundi PAS masa pilihan raya dahulu tetapi apa yang diperjuangkan hanyalah janji kosong.

    Sekarang nak undi siapa pon taktau lah, mai pilihanraya tido rumah saja lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s