Analisis: Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Gereja

1. Mengapakah Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam, Memohon Semakan Kehakiman No: R1-25-73-2008 Kepada Mahkamah Tinggi?

Untuk memohon perisytiharan bahawa:

a. Keputusan Kerajaan pada 12 Februari 2008 untuk melarang Herald – The Catholic Weekly daripada menggunakan perkataan “Allah” sebagai tidak sah dan batal;

(i) That the decision of the Respondents dated 12.2.2008 that the Applicant’s publication permit No. PP 8460/12/2008 (020574) for the period 1.1.2008 until 31.12.2008 is subject to the “GARIS PANDUAN PENERBITAN” dated 1.3.2007 which prohibits the Applicant from using the word “ALLAH” in “Herald – The Catholic Weekly” is illegal and null and void;

Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Pakiam, yang mencabar Kerajaan Malaysia di mahkamah semata-mata kerana mahu menggunakan kalimah ‘Allah’, merupakan tetamu kehormat Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2007 di kediaman rasmi beliau. (Gambar daripada anwaribrahimdotcom.blogspot.com)

b. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur berhak menggunakan perkataan “Allah” di dalam Herald – The Catholic Weekly;

(ii) That the applicant is entitled to use the word “Allah” in “Herald – The Catholic Weekly”;

c. Perkataan “Allah” tidak eksklusif kepada agama Islam.

(iii) That the word “Allah” is not exclusive to the religion of Islam.

d. Perenggan 4.1.10 Garis Panduan Penerbitan yang menyatakan “Penerbitan agama selain daripada agama Islam dilarang menggunakan istilah-istilah khusus agama Islam iaitu Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah kecuali bagi menerangkan istilah-istilah berkenaan.” sebagai batal dan tidak sah.

3.5 This application is to quash the said paragraph 4.1.10 of the said “garis panduan” and to declare the same as null and void.


2. Apakah Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Permohonan Ini?

Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan, telah memutuskan pada 5 Mei 2008 bahawa permohonan ini diterima dan semakan kehakiman dibenarkan.

5. Decision of the Court : 5.5.2008

5.1 The application was heard by YA Justice Lau Bee Lan and the decision was delivered today.

5.2 The Court overruled our objections and allowed the application for leave.


3. Adakah Sebarang Permohonan Kebenaran Untuk Mencelah (Intervene) Dikemukakan Terhadap Semakan Kehakiman Ini?

Ada.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran mencelah (intervene) terhadap semakan kehakiman ini telah dikemukakan oleh pihak-pihak berikut:1 2

a. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP);
b. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP);
c. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM);
d. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP);
e. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS);
f. Majlis Agama Islam Kedah (MAIK);
g. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ);
h. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM);
i. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA);
j. Majlis Gurdwara Malaysia.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 28 Mei 2009 untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mengetepikan permohonan pihak-pihak di atas.1


4. Mengapakah Majlis-Majlis Agama Islam Negeri Memohon Kebenaran Untuk Mencelah (Intervene) Terhadap Semakan Kehakiman Ini?

Dalam satu kenyataan akhbar pada 3 Jun 2008, Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang juga merupakan peguamcara bagi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberikan sebab-sebab berikut:

2. Akibat daripada keputusan semakan kehakiman / deklarasi hak-hak tersebut ialah :-

(i) Membenarkan Gereja tersebut untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam penerbitan buletin Gereja tersebut ‘Herald-The Catholic Weekly’;
(ii) membenarkan Gereja tersebut mandapatkan hak menggunakan kalimah ‘Allah’,
(iii) menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.

3. Permohonan mencelah oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri adalah wajar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang mana boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta meyebabkan sensitiviti agama.3

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula:

“Pada hemat kami, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maka peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan harus dihormati oleh agama-agama lain.4

Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 11, Fasal (4), yang menyatakan:

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.


5. Wujudkah Aktiviti-Aktiviti Pengembangan Kepercayaan Agama Kristian di Malaysia?

Ya, ia wujud.

Sebahagian kecilnya ialah:

a. Hope Malaysia
Organisasi ini aktif menjalankan aktiviti-aktiviti khususnya untuk para penuntut IPT seperti UTP, KUSTEM, KUKTEM dan Kolej Matrikulasi Pahang:

Gambang is a small town situated 30 minutes driving journey from Kuantan. This town is very near to the MEC city, Kuktem (Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Malaysia) and Kolej Matrikulasi Pahang. So it is a very strategic place to touch all the matriculation and university students.5

b. Freedom Life – Church of God
Gereja Pentecostal yang berpusat di Oklahoma, Amerika Syarikat ini telah menghantar mubaligh-mubaligh untuk menjalankan aktiviti church planting di Malaysia Timur:

John and Suzie Pickens
Missionaries to Malaysia

John and Suzie are appointed missionaries to Malaysia where they are involved in church planting. Before their appointment, they were teachers in various Bible schools.

Suzie planted a church deep in the interior of East Malaysia before meeting John, who was teaching in East Malaysia. In addition to their work in Malaysia, John and Suzie have ministered together in Singapore and Indonesia.6

c. MCGM (Malaysian Center for Global Ministry)
Organisasi yang aktif menjalankan latihan untuk mubaligh-mubaligh Kristian dan menjalankan aktiviti pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada pekerja-pekerja asing di Malaysia.7

Pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada pekerja-pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, diakui sendiri oleh Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam:

In his affidavit, Archbishop Pakiam said, “I am advised by my solicitors that I have a legal right to use the word “Allah” in the HERALD (published by him) and this legal right stems from the right to freedom of speech and expression as enshrined in Article 10 of the Federal Constitution and from the right to profess and practise the Christian faith as enshrined in Article 11 of the Federal Constitution which includes and is not limited to propagating the faith amongst the non-English speaking faithful in Malaysia especially the Indonesians and the Arabic-speaking of the Christian faith.”8


6. Adakah Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Merupakan Kaedah Pengembangan Kepercayaan Agama Kristian?

Ya.

The People of the Book merupakan organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Walaupun mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam Al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam:

We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.9

John Hultvall, mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan di kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam:

It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too.10

Kevin Greeson, juga seorang mubaligh Kristian, telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! yang dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut Greeson:

In a cross-cultural witness you use the language of the people and you use whatever terminology they have for God.11

Buku yang menjadi panduan kepada golongan mubaligh-mubaligh Kristian yang bergerak di kawasan majoriti Islam. Kebanyakan pihak daripada dunia Kristian yang menyokong penggunaan kalimah 'Allah' terdiri daripada golongan ini. Jika para pemimpin PAS berpendapat bahawa Gereja boleh menggunakan kalimah 'Allah', adakah pemimpin PAS juga berpendapat bahawa umat Islam boleh membantu Gereja menyebarkan agama Kristian?


7. Selain Daripada Satu Kaedah Pengembangan Yang Efektif, Adakah Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Diterima Oleh Dunia Kristian?

Tidak.

Kalimah ‘Allah’ digunakan semata-mata kerana ia adalah satu kaedah yang terbukti efektif untuk memurtadkan umat Islam.

Jika tidak, ia mungkin tidak akan digunakan sama sekali oleh penganut-penganut Kristian kerana ia dianggap sebagai pencabulan (sacrilege) dan kufur (blasphemy). Menurut Sandy Simpson daripada Apologetics Coordination Team:

Among the words that cause concern is “Allah.” It’s the word Muslims use for the deity they worship, but the Arabic word pre-dated Islam and is also used by Christian Arabs when referring to God – despite the considerable differences in the Judeo-Christian and Islamic conceptions of God. The Iban translation of the Bible uses the term “Allah Taala” for God, while the other banned Christian books, in Bahasa Malaysia and Bahasa Indonesia, also use “Allah” for God. This is thought likely to be one of the problem areas for the Home Ministry. I think the Home Ministry made the right move by lifting the ban. But the language issue is an interesting one. Allah is used interchangeably with Tuhan to mean God in Bahasa Malaysia, but Tuhan is the original Malay word. When my son learns the meaning of an Arabic dua in school, Allahumma (Oh God) is still translated as Ya Tuhan. I don’t speak any Iban at all, but I would be very surprised if Allah is the original or preferred word for God, what to speak of Allah Taala (Almighty God), which is rarely heard even among Malays outside of Islamic religious sermons. So why would the Bup Kudus translators go with that translation? It is reminiscent, as Anak_Alam pointed out, of the uproar over Arabic Bibles that began with the Bismillah (that’s it in the upper right of the white column on my page), a distinctly Islamic invocation whether it has an intelligible meaning to non-muslim Arabs or not.12

Simpson turut membuat kenyataan menghina apabila melabel ‘Allah’ sebagai tuhan palsu:

The false god “Allah” is not the same as the One True God eternally existing in Three Persons Who is YHWH, “I AM”. Allah has no son.12

Tambah Simpson, penggantian kalimah ‘Allah’ untuk ‘God’ di dalam Bible ialah satu kekufuran:

Therefore the substitution of Allah for the name of God in the Bible is a sacrilege, a blasphemy.12


8. Adakah Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Gereja Disokong Oleh Pemimpin Beragama Islam?

Ya.

Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan:

“Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya. “Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam,” katanya.13

Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim berkata sejak generasi rakyat Malaysia membesar menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, beliau melihat tiada sebab mengapa penganut Kristian Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ iaitu istilah Bahasa Arab untuk Tuhan dalam ritual mereka.14

Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS serta Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, berkata di dalam Sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, bahawa persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam Al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.15

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.15

Dzulkefly dikatakan merupakan ahli Parlimen beragama Islam pertama yang mengunjungi sebuah gereja di Malaysia. Beliau mengakui bahawa beliau mengunjungi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok pada 16 Mac 2008, kurang 2 minggu selepas PRU ke-12.16

Khalid Abdul Samad kemudiannya mengunjungi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’.17


1. “Kristian boleh guna ‘Allah’,” Utusan Online, 28 Februari, 2009, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

2. “Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Pihak Gereja,” 3 Jun, 2008, http://peguamsyarie.blogspot.com/2008/06/isu-penggunaan-kalimah-allah-oleh-pihak.html

3. “Kenyataan Akhbar Peguam Kes Kalimah ‘Allah’,” 6 Jun, 2008, http://jasa-my.org/v2/?p=71

4. “Elaun Guru Kafa Wilayah Persekutuan Naik 100 Peratus,” Bernama.com, 24 Januari, 2009, http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=385905

5. “Mission,” http://www.hopemalaysia.org/mission/mission_local.aspx

6. “Missions – The Heart of Our Great Commission,” http://www.freedomlifecog.org/Missions.html

7. “Five Primary Tracks of MCGM,” http://www.mcgm.net.my/primary_tracks.htm

8. “Herald Goes to Court,” Mei, 2008, http://www.archway.org.my/news.asp?Year=2008&Month=5

9. “Strategy,” http://www.thepeopleofthebook.org/strategy.html

10. “Mission and Revolution in Central Asia,” http://www.missionskyrkan.se/Svenska-Missionskyrkan/Aktuellt/Material/Mission-and-Revolution-in-Central-Asia-by-John-Hultvall/

11. “Is Camel Method leading thirsty world to oasis of truth?,” The Christian Index, 7 Jun, 2007, http://www.christianindex.org/3313.article.print

12. ““Blasphemizing” the Bible,” Julai, 2006, http://www.deceptioninthechurch.com/blasphemizingthebible.html

13. “Tidak salah guna perkataan Allah – Nik Aziz,” Utusan Online, 2 Mac, 2009, http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

14. “Anwar Ibrahim desak kalimah ‘Allah’ patut dibenar kepada Kristian,” 6 Oktober, 2008, http://aidc-editor.blogspot.com/2008/10/anwar-ibrahim-desak-kalimah-allah-patut.html

15. “Taib Azemuddin Jelas Penggunaan Nama Allah,” Bernama.com, 5 Mac, 2009, http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=394352

16. “Dzulkefly may be the first Muslim MP at a Catholic Mass,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/5660?task=view

17. “The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam,” The Malaysian Insider, http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/5661-the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam

20 thoughts on “Analisis: Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Gereja

  1. salam alaikum,

    terima kasih di atas tulisan artikel yang sangat berfaedah ini untuk dunia umat islam di malaysia. Semoga Allah merahmati saudara dan keluarga ameen.

    Minta izin saya memetik beberapa ulasan di dalam artikel ini sebagai text petikan di dalam blog saya.

    terima kasih saudara

  2. pak andak dan semua pembaca ,

    kita kena belajar bab usul …. tauhid dalam Islam itu yang kena paham dulu ….
    bila dah paham … baru kita tau tahu apa itu kalimah Allah … perlu ditingkatkan ilmu tauhid di semua peringkat usia ….

    sebagai cadangan
    1) masjid dan surau perlu mengadakan atau keutamaan kepada ilmu tauhid berbanding ilmu fiqah …
    2) sistem pendidikan di Malaysia perlu dimasukkan ilmu ini … tidak usah ikut teori barat yang rata2x nya tidak mempercayai kewujudan Tuhan …
    3) penerangan serta dialog pembezaan antara agama perlu diketengahkan untuk masyarakat … biar mereka yang tentukan …. kerana setiap manusia diberi akal dan fikiran ….

    ***
    agama bukan hanya setakat atas dasar keturunan, bukan kerana pada nama … tetapi kepercayaan di dalam hati , fikiran serta amalan hidup …
    agama tidak boleh paksa …

    contoh mereka yang menjadi renungan dan fikirkan bersama … seorang anak remaja ditanya mengenai Tuhan , dia mengatakan Tuhan itu berwarna putih dan berjubah … sila fikirkan bersama dan cari mengapa jadi begitu dan cari penyelesaian ….
    bukannya masa untuk menuding jari …

    • Tauhid perlu difahami dan aqidah perlu dipertahankan.

      Gereja Katolik boleh menggunakan istilah Tuhan, ‘God’, ‘Lord’ dan ‘Father’. Mengapa Gereja Katolik sanggup berbelanja besar untuk mencabar Perlembagaan Persekutuan sedangkan perbelanjaan tersebut boleh digunakan untuk mencetak Bible yang menggunakan istilah lain?

      Kehancuran Perlembagaan Persekutuan memang diimpikan oleh beberapa pihak. Implikasi daripada kehancuran Perlembagaan boleh membawa perubahan besar kepada hal-hal agama rasmi dan kewarganegaraan.

      Serangan terhadap Perlembagaan dimulakan dengan cabaran kepada penggunaan kalimah Allah, dan tidak akan terhenti di situ sahaja.

      Ketika PAS berdolak-dalih daripada memperjuang hukum hudud atas dasar tolak ansur, Perlembagaan Persekutuan, sejak lebih 50 tahun dahulu tetap utuh menjulang Islam dalam situasi yang menuntut tolak ansur walaupun menghadapi serangan daripada pelbagai pelusuk.

  3. Inilah ceteknya ilmu majoriti penganut Islam (Melayu) di Malaysia. Ini adalah natijah yang timbul dari perasaan “insecure” golongan2 tertentu (dibaca Muslim Melayu) yang cukup ghairah untuk menjadi pembela atau jurucakap bagi pihak Allah Yang Maha Besar, maha agung, maha mengetahui dan maha berkuasa. Amat menjijikkan apabila seringkali dipolimikkan kununnya jika dibenarkan pihak gereja menggunakan perkataan Allah diTAKUTi akan mengelirukan penganut2 Islam di negara ini. Keliru? Weh, golongan Islam yang macam mana ni mudah sangat keliru? Itulah, hidup bagaikan katak di bawah tempurung, tak mau membuka mata dan minda akan apa berlaku di negara orang, amat malas dalam berfikir dan membuat analisa, asyik2 perasan yang seluruh dunia ini hanya berlegar di ruang lingkup dunia Melayu yang serba sempit ini sahaja dan seolah-olah Islam Melayulah sebaik-baik Islam yang diterima Allah.

    Itu gereja-gereja di Mesir memberikan “sermon” dalam bahasa Arab Mesir dan menggunakan nama Allah sejak berkurun-kurun sebelum kedatangan ajaran yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW tu, aoa kita nak katakan? Adakah masyarakat Islam di Mesir menjadi keliru dan huru hara kerana gereja memberikan sermon dalam bahasa Arab Mesir dan tidak lekang menggunakan perkataan Allah? Come onlah, tolonglah, jangan diMelayukan Islam di negara ini. Inilah padahnya banyak perbuatan orang Melayu di Malaysia ini amat pelik bila mengaitkan mereka ini rata2nya beragama Islam. Sepatutnya orang Melayulah yang kita usahakan agar diIslamkan minda dan tingkahlaku mereka, bukan kita asyik membazirkan masa dan tenaga berfikir kita melayani segala karutmarut kefahaman umat Melayu Islam di negara tercinta ini yang tidak akan membawa apa-apa kemajuan atau peningkatan didalam menghayati agama suci Islam yang telah disampaikan junjungan besar Nabi SAW. Janganlah kita menjadi lebih mangkuk dari bubur dan Allah SWT tidak memerlukan masyarakat Melayu untuk membelaNya sepertimana UMNO yang amat memerlukan sokongan Melayu untuk kelangsungan cengkaman kuasa.
    Akhir sekali saya hendak tanya isu keliru mengelirukan ini : kita umat Islam secara amnya sedar dan faham berjudi itu adalah haram dari segi hukum agama Islam. Tetapi apabila ditimbulkan istilah judi “haram” oleh pihak berkuasa negara tentang perbuatan berjudi yang tidak berlesen atau yang dilakukan di premis-premis private, seolah-olah ada pula judi “halal”! Bukankah ini juga boleh mengelirukan kelompok masyarakat Islam yang amat kurang ilmu dan rendah imannya? Sekali lagi, selagi kelompok yang amat miskin ilmu agamanya dan rendah pula tahap komitmen mereka terhadap tanggungjawab sebagai seorang Muslim, isu KELIRU ini tidak munasabah dapat dibendung. Maka itu, begitulah juga dengan keKELIRUan yang kununnya boleh timbul dengan penggunaan perkataan ALLAH oleh pihak gereja di negara ini. Pihak manakah yang sebenarnya yang sering mengelirukan masyarakat Islam Melayu di negara kita ini? Tiada sijil penyertaan kursus perkahwinan maka sijil nikah tidak boleh dikeluarkan seolah-olah pernikahannya tidak sah. Ini baru satu contoh, malah ada banyak lagi hukum-hukum mengarut yang kita dengar saban hari. Kesian kaum Melayu ku.

    • Terima kasih kerana menulis 3 perenggan panjang untuk menghuraikan istilah ‘keliru’.

      Sekarang huraikan:
      1. Pendapat daripada penganut Kristian sendiri bahawa penggunaan kalimah Allah ialah kufur (blasphemy)?
      2. Penggunaan kalimah Allah yang dihalalkan untuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bergerak di kawasan majoriti Islam?
      3. Kecenderungan Gereja untuk memilih jalan konfrontasi (menyaman) daripada jalan kompromi (menggunakan sahaja istilah Tuhan)?

  4. ‘Allah’ dlm bahase Arab adalah perkataan standard yang bermaksud ‘Tuhan’. Arab Kristian & Yahudi juga guna ‘Allah’ untuk merujuk kepada tuhan. Islam, Yahudi & Kristian percaya kepada tuhan yang sama, iaitu Allah kerana ketiga-tiga agama ini datang dari cabang Rasul yang sama, cabang keturunan Nabi Ibrahim AS. Kristian & Yahudi percaya kepada Nabi Isa AS, Nabi Musa AS, Nabi Adam AS, Nabi Nuh AS. Mereka selalu guna nama2 Nabi & Rasul tersebut dlm kitab2 mereka. Jadi salahkah kalau mereka guna nama Allah juga? Satu saja yang bezakan Islam dgn Kristian & Yahudi. Islam percaya kepada Nabi Muhammad SAW dan meletak baginda di kedudukan yang paling tinggi berbanding Nabi & Rasul yang lain. Sedangkan Kristian & Yahudi langsung tak nak terime Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah kerana alasannya baginda bukan keturunan Yahudi (keturunan Nabi Ishak AS). Ada banyak website yang boleh beri maksud yang lebih terperinci. Salah satu ialah http://en.wikipedia.org/wiki/Allah

    • Merujuk teori pilihan rasional, istilah ‘maklumat sempurna’ (perfect information/PI) merujuk kepada ejen yang mengetahui semua maklumat dan sentiasa membuat keputusan terbaik mengenai sesuatu perkara. Untuk mendapatkan ‘maklumat sempurna’, seseorang perlu mendapat maklumat mengenai semua perkara termasuk:

      Isu: Bolehkah saya meminjam kasut anda?
      Motif: Mengapa saya ingin meminjam kasut anda?

      Seseorang boleh membuat keputusan yang salah atau tidak rasional sekiranya tidak mendapatkan ‘maklumat sempurna’. Contohnya, sekiranya anda meminjamkan kasut anda kepada seseorang tanpa mempersoal motif si peminjam, anda mungkin akhirnya akan mendapati kepala anda bengkak kerana motif si peminjam sebenarnya ialah untuk menggunakan kasut tersebut untuk memukul kepala anda.

      Sedangkan motif peminjam kasut perlu dipersoal, apatah lagi isu sebesar motif Gereja untuk menggunakan kalimah ‘Allah’.

      Malah, untuk isu sebesar ini, ada banyak lagi soalan-soalan analitikal yang perlu disoal, seperti:

      1. Adakah penggunaan kalimah ‘Allah’ merupakan sebahagian amalan kepercayaan Kristian (contoh: solat bagi Islam, membawa kavadi bagi Hindu)?

      2. Adakah penganut kepercayaan Kristian ditindas sekiranya tidak dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’?

      3. Mengapakah Gereja tidak mahu menggunakan istilah ‘Tuhan’ yang boleh difahami oleh penganut kepercayaan Kristian daripada kalangan Bumiputra?

      4. Mengapakah Gereja tidak mahu menggunakan istilah ‘Tuhan’ yang merupakan tafsiran yang lebih tepat untuk istilah ‘God‘?

      5. Mengapa Gereja tidak mahu menggunakan belanja besar untuk menyaman Kerajaan bagi mencetak terbitan yang menggunakan istilah ‘Tuhan’?

      6. Mengapa Gereja yang mengajar penganutnya mengenai keamanan, sebaliknya menolak jalan kompromi dan memilih jalan konfrontasi apabila menyaman Kerajaan?

      7. Mengapa ada pihak dalam dunia Kristian sendiri yang berpendapat bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Gereja ialah satu ‘kekufuran’?

      Apabila semua soalan-soalan analitikal ini terjawab, maka barulah terserlah bahawa isu sebenar bukanlah:

      Isu: Bolehkah Gereja menggunakan kalimah ‘Allah’?

      sebaliknya:

      Isu: Bolehkah Gereja mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan?

      Malanglah golongan yang minda mereka terhenti setakat persoalan ‘boleh atau tidak’.

      • Betul tu, sy fikir faktor2 lain2 yg menyebab minda tu terkeliru;

        1. taksub akan kump tertentu, kalau kumpnya kata a maka dia pun a jugalah tanpa fikiran yg kritikal. Sebab dia rasa tentulah kump dia betul.

        2. kurang maklumat dan ilmu, menyamakan pegangan bible kristian Arab dan bible kristian Rom. Yg satunya memakai perkataan Allah dan satunya menafikan sekeras-kerasnya penggunaan kalimah Allah plus penghinaan dan kejian. Puak2 kat Malaysia ni ambik bible dari Arab ke?

        3. Atau dah IQ tu memang tahap tak boleh anasila maklumat sampai kena bagi contoh dengan mintak kasut dan ketuk kepada dengan kasut tu.

  5. maaf… perlembagaan Malaysia itu sendiri adalah peninggalan British yg jelas untuk menghancurkan umat melayu dan Islam… walau kita tak membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah… tetapi mahkamah membenarkan.. apa yg kita boleh buat… dr awal kemerdekaan kita tlh ditipu … sbbnya… undang2 syariah adalah no2 … dan tidak mengikut kehendak Allah..

    • Kalau begitu namakan negara lain dalam dunia atau bekas jajahan British berpopulasi majmuk mana yang memiliki Perlembagaan:

      1. Menjadikan Islam agama Persekutuan;
      2. Boleh menggunakan duit cukai kerajaan untuk membina masjid, sekolah agama, UIA, Pusat Islam, pusat zakat, sedangkan agama lain tidak boleh.

  6. Perkataan Allah – Salah Persepsi

    Malaysian are generally a peaceful, tolerant and respectful people. Malaysia terkenal sebagai ‘a moderate Muslim country’ mau kah nama baik kita tercemar kerana segelintir ustaz dan org yang bersuara lantang berjaya dalam misi mereka???
    Setelah kebnyakan imej negara Islam lain udah tercemar kita mesti pelihara nama baik negara, bangsa dan agama. Seandai nama negara tercinta udah jadi busuk, hina di mata masyarakat dunia, amat susah untuk kembalikan maruah bangsa dan Negara. We must not fall to extremist, from whatever religion they profess.

    Setiap umat Islam mendirika solat 5 kali sehari dan membaca alFatiha sebanyak 17 kali, luapakah mereka, erti ayat ‘Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen’
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    Allah swt untuk sekelian alam, 7 petala langit dan bumi, segala kehidupan, setiap makluk dan jin, haiwan, bintang dan segala sesuatu milik Allah swt.
    Islam dan Allah bukan hanya milik mutlak orang Melayu atau khusus untuk negara Malaysia sahaja.
    Most Muslims in Malaysia are a very tolerant , moderate, peaceful, hospitable people,
    but lately a small extremist fringe has become more vocal, intolerant and extreme in their views.
    This small group of confused Muslims have confused the whole nation in general.
    Mereka ni semua baru celik mata, itu pun gajah depan mata tak Nampak, semut di seberang laut lebih terang bagi mereka. Mana ustaz, mana ulama mana jabatan2 Islam sebelum ini? Sepintar PM Najib is mum membisu berkenaan hal ini?
    Rasullulah saw contoh yang terbaik, adakah berdemo dan fail ke mahkamah satu jalan menegakkan akidah Islam?Ini bukan cara menjaga kesucian Islam yang kita cintai.
    Pernahkah Rasullulah swa berperang dan mengeluarkan hadish mambanth org bukan Islam jgn mengunakan nama Allah?
    Ada dalil kah berkenaan isu ini atau pun ia timbul dan berasal dari jiwa,hati dan perasaan mereka yang berburuk sangka, tidak ada keyakinan diri, dan cepat melenting ?
    Dalam isu ini, banyak individu2 yang tampil sebagai hero satri demi menegakkan Islam yang bersih dan murni, kalau mereka nak pahal nak jadi hero banyak hal dan perkara yang mereka boleh berjuang, bukan sahaja nak hentam penganut Malaysian Christian yang sedikit, aman dan amat menghormati umat Islam amnya.
    Kalau berani pergilah hentam Batu Caves dan tokkog Cina? Menghina mengancam ibadah kaum lain, musnahkan patung-patung sembahan mereka atau larang mereka, jangan pergi gereja.
    Percayalah, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam tidak akan mengelirukan atau mengugat umat Islam,
    tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan
    tidak akan menyentuh kesucian agama Islam.
    Sekiranya mereka mengunakkan kata Allah, pada saya that is nothing, kerana kita maseh ada alquran dan hadis, yang sesiapa pun tidak boleh menandingi agama Islam.

    Aapapun kepercayaan Allah dari persepsi dan ajaran mereka itu hak dan cara mereka, sememangnya itulah pendapat akidah mereka, dan kita harus berpendirian ‘kau dgn agama kau, aku dgn agama ku’. Sebaiknya kita wajib, kita bolih menyampaikan akidah dan fahaman dari perspektif Islam dan memeperbetulkan mereka. Bukan dengan berdemo dan mengfail di mahkamah.

    Dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi. sejak zaman rasullulah org Kristen tlah mengunakan kata allh, dan juga di Malaysia suah beratus tahun mereka mengunakan istilah Allah, kerana mereka pun ahli kitab. Pada saya umat Christian di Malaysia adalah kaum yang aman dan hormat menghormati.
    Sedangkan di negara Islam yang mempunyai jumlah paling ramai yang beragama Islam, atau di negara Islam Timur Tengah tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini?
    Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan suatu perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam amalan agama di seluruh dunia. Pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi.
    Apa perasaan kita sekiranya orang bukan Islam larang kita daripada memakai jilbab, bilang sunat itu perkara bodoh? klo melayu kena amacam?
    Belum habis isu kalimah Allah, baru2 ni timbul isu Syiah…baru tahu belang2 Syiah udah melenting, sinsing lengan hentam Syiah, putuskan hubungan diplomatik…ini isu 1400 tahun, baru celik mata ke? hairan dgn emosi org Melayu
    Baru-baru ini isu ugama telah mula di bangkitkan di persendakan dan di politikkan, dan semakin ramai yang menjadi lantang dan menujukkan belang. Ini tidak berlaku sebelumnya, before we live in harmony and we don’t like to hurt each other.
    Walau kita bukan seagama, kita sesama adalah rakyat Malaysia,’unity in diversity’.
    Allah swt mewujudkan perbezaan untuk kita saling mengenal antara satu dengan yang lain, bukan dalam permusuhan.
    Sebagai umat yang majority di Malaysia, kita besar dan ramai, menjadi tanggung jawab untuk
    menjaga kaum yang minority, tanamkan keamanan dan rasa nyaman umtuk mereka. Inilah kekuatan dan akhlak kita sebagai Malaysian Muslim.
    Kita bukan seperti orang Myanmar atau Serbia yang tidak berperikemanusiaan, merusuh dan membunuh kaum yang minority. Permusuhan dan rasa curiga bukan akhlak dan amalan kita.

    Bila emosi, kurang keyakinan, curiga, buruk sangka, permusuhan menguasai pemikiran ini adalah jalan permainan iblis.
    Dunia Islam sedang bergolak, Muslim membunuh sesama Muslim, adat lama kuno maseh di bela, permusuhan yang dulu maseh belum terhurai, sedangkan bangsa dan Negara bukan Islam terus maju dan meninggalkan kita. Di Suria, ulama, ustaz, mufti dan juga pemimpin Negara menabur kebencian, member senjat dan tuang minyak ke dalam api supaya terus membunuh orang Islam sendiri. Belum saya dengar seorang pemimpin Islam yang cuba mendamaikan pertumpahan darah di Syria…
    Ingat Pres Morsi tumbang setelah minority di aniaya, di pinggirkan, dan akhir 4 pengikut shiah di bunuh massa dengan kejam. Begitu juga Yusoslavia hancur setelah umat Islam di bunuh dengan zalim. Kaum minority juga mempunyai hak dan perlu jaminan, dan skiranya
    mereka di aniaya, apakah tindak balas dari doa orang teraniaya, walaupun mereka kafir?
    Saya hairan mengapa sekarang timbul sifat takut dan tiada keyakinan diri, dan menganggap issue ini sebagai satu ancaman?
    Sedangkan sebelum tak ada masaallah, ini ia bukan satu isu yang telah menggugat umat Islam di Negara kita. Sebaliknya Islam tetap kukuh, umat semakin menambah, jarang kita dengar orang keluar dari agama Islam, sebaliknya semakin ramai bukan Islam telah memeluk agama Islam, saudara baru tetap menambah, beribu-ribu setiap tahun. Mereka menerima hidayah dan menyebut kalimah shahadah dan mengenal Allah swt yang sebenarnya.
    Kita sering, dalam perbualan, dengar kaum lain berkata ‘tuan allah tolong kita’, mereka tak cakap tokong atau budha tolong, ini tanda kehormatan mereka kepada agama Islam.

    Kita tidak perlu gentar dan mempersoalkan apakah niat dan tujuan sebenar mereka, kita jangan mudah mengikut emosi dan buruk sangka dengan berfikiran bahawa mereka kemungkinan besar inilah taktik dakyah mereka dan hendak mengubah mengugat dan memesongkan akidah umat Islam.Mengapa kita mesti keliru, dan kuatir akan di kelirukan mereka?
    Mengapa kita mesti rasa tergugat dan takut kepada dakwah mereka?
    Di mana letaknya keteguhan keyakinan sebenar keIslaman kita?
    Mengapa kita bersifat marah dan buruk sangka, seandainya nanti akidah umat Islam akan rosak atau terpengaruh dengan akidah mereka?
    Kini umat Islam dihantui rasa takut, curiga dan buruk sangka. Dan masing-masing mendabek dada, cuba mempamerkan, akau lah wira Islam, dan menetang ugama lain, yang belum tentu mengugat agam Islam.
    Dalam akidah pemerintahan negara Islam, ukuranya adalah bagaimana kita membela yang miskin, yang tertindas dan kaum minority, bekan sahaja mengikut haluan yang majority, yang kaya dan yang brkuasa.
    Kalau nak bincang tentang keliru dan rosak akidah, terdapat banyak yang menyeleweng, banyak yang bercanggah, dan ini semua bukan kerana sebab umat Christian mengunakan perkataan Allah. Ramai rakyat Malaysia yang keliru dan rosak akidah, yang melaku jenayah, ragut, membunuh, buang bayi, kecurangan, pegawai yang tak amanh, rasuah, kerja sembrono, artis lelaki dan wanita yang bersentuhan di TV setiap hari, producer yang sering ke nighclub, mereka yang makan dadah minum arak, berlaku kecurangan, jenayah seks dan bermacam lagi. Salah siapa???
    Ini masallah yang lebih penting dan harus di tangani demi menjaga kesucian agama Islam.

    Kitalah sepatutunya tingkatkan berdakwah kepada anak-anak muda, sebarkan akidah Islam yang benar. Hadapi dengan tenang, yakin, kita dalam kebenaran, beri gambaran sebagai umat Islam yang rational dan sabar. Yakin Allah swt bersama kita, inilah cara Rasullullah saw, bukan berdemo, mengugat, pergi mahkamah dan bertentang dengan umat Christian. Ayoh, mari kita bersaing agama dan akidah secara tenang, sihat, terbuka bukan dengan buruk sangka ancam mengancam dan kekasaran. Islam galakkan sampaikan salam, sebarkan kedamaian, tampilkan wajah keamanan bukan konfrontasi dan kebencian. Yakin bahawa kejayaan milik Islam.
    Kaum non-Muslim di Malaysia bukanlah jenis orang-orang kafir yang harus kita perangi, iaitu kafir harbi, sebaliknya mereka adalah dari golongan, kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum Muslimin)
    Seandainya puak Islam yang menentang dan melarang kaum Christian menang, ini bukan satu kemenangan yang diredhai kerana, desakan kita telah melukakan ribuan hati penganut Christian, kecewakan akidah fahaman mereka, menambah kebencian mereka terhadap agama Islam dan umat Muslim. Puas sudah NGO dan individu yang brhati bernafsu besar konon perjuangkan maruah Islam.
    Ini bukan kemenangan yang tepat dan bukan dalam kemahuan akhlak Islam yang sebenar. Islam menuntut yang majority memelihara ketentraman dan kesejahteraan kaum minority, bukan sebaliknya. Ini adalah a small issue that was overblown and exegeratted into a big problem.
    Biar Allah swt yg mengdili saya, saya tidak menyokong parti atau kumpulan tertentu, yang saya mau adalah umat Islam yang bersikap wajar dan tenang, adil , tidak menunjuk kuat, membela yang minority dan memelihara keharmonian Malaysia yg bersatu harmoni respectful tolerant dan aman. In the end ‘we are all Gods creation…” Dalam perbezaan kita juga ada persamaannya.

  7. 100 KALI /LEBIH . DEBAT ISLAM KRISTEN MUHAMAD YAHYA WALONI MANTAN inilah di antara umat manusia yang membuat kajian berkaitan agama secara maksimum didalam mencari kebenaran yang sebenar,,,,nya…..
    ADA CONTOH ORANG MERDEKA ADA PADA YOUTUBE DIBAWAH SEKURANG KURANG NYA ULANG DENGAR PADA YOUTUBE DI BAWAH INI…….kajiannya sehingga ke israel…..
    youtube.dari mantan ketua gereja seluruh indonesia,yang masuk agama islam…..cukup hebat dan serius serta luar biasa simak 100 kali /lebih supaya faham ,sila simak…..ada untungnya…………
    mudah mudahan dibuka pintu surga ,untuk kita semuanya serta masuk kedalam nya amin amin yarabbal alamin…..dalam kata kunci youtube di bawah ini.

    Pendeta Masuk Islam (Dr. M. Yahya Waloni) Full Duration
    DEBAT ISLAM KRISTEN MUHAMAD YAHYA WALONI MANTAN
    Dr. M. Yahya Waloni (Mantan Pendeta) Full
    Dr. M. Yahya Waloni (Mantan Pendeta) Full

  8. kafir…laknatullah…tak habis…habis…mau…bikin..kacau..tipu..orang..tak ada..malu…sebagai…manusia..adakah…kalian…binatang..yang menjelma…dalam.rupa bentuk…manusia…apa..yang..kalian…sembah…tu…adalah….sesuatu….yang…kamu…ukir..sendiri….kamu…mengukir..nya..kamu..pula….yang…menyembah…nya….jenis…sesat…bodoh..ada…hati…mau…menyalahkan…orang…lain…

  9. agama…islam…sebabnya…hanya..umat yang…ber agama islam…saja…yang taat…kepada…allah.sebab apa kalimah..allah..hanya..khusuus..untuk…umat…yang ber ..sedangkan…umat…manusia…yang…be agama…selain…islam…semua…nya….durhaka…kepada…allah…

  10. Ni kristian ada berapa tuhan juga…patut tuhan.yesus…..tak tau mana 1 tuhan mereka..katanya tuhan yesus lps tu ganti ALLAH…di indonesia pula guna perkataan BAPA…islam tak kan keliru…takutnya penganut kristian yg akan keliru…setiap negara nama tuhan dlm bible berbeza..pelik..

  11. (Orang Yang Percaya Jalan Allah) Umat Kristian Bersaksi :
    Wahai saudara-saudari..janganlah engkau mengutuk orang lain supaya engkau tidak dikutuk dan janganlah engkau menghakim supaya engkau tidak dihakim di akhirat nanti.. tiada salahnya jika kita saling mengenal jalan Allah kita walaupun berbeza agama sebab Dialah pencipta segala apa yang ada di bumi ini. Bertaubatlah kalian sebab sekarang menurut info dunia kiamat sudah mendekat. Carilah jalan kebenaran dan bandingkanlah agama mana yang menuju ke kerajaan Surgawi. Lupakanlah segala pemusuhan, perbuatan terkutuk, hal penghakiman dan sebagainya yang ada di Duniawi dan ingatkanlah Surgawi..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s